ini serius

oh ya.
baca status afiq kat facebook tadi pasal donating organs, baru teringat nak bertanya pendapat. bukan tanya ke apa pun. ini yang sekarang jadi tanda tanya.

hari tu pernah terfikir nak daftar jadi penderma organ, mana tau bila dah takde di dunia ni esok-esok dan organ masih dalam keadaan baik, boleh jugak doktor amek buat selamatkan orang yang memerlukan. Mesti orang yang diderma tu bersyukur yang amat kan kalau dapat organ? seolah-olah dapat nyawa baru. harapan baru. yang membolehkan beliau meneruskan kehidupan dengan anak-anak, adik-beradik dengan lebih lama. boleh sempat lagi membalas jasa ibu bapa beliau. kan? kan? pada pendapat saya, menderma organ adalah sangat mulia dan itu salah satu cara untuk memberikan pertolongan paling besar dalam hidup saya. Ma pun selalu pesan, tolong menyelesaikan masalah orang, ganjaran pahala sungguh besar.

Jadinya, hari tu saya menyuarakan secara gurauan.

" ok dok kalu ila nak daftar derma organ?"

Ma, kak Iham, abe Mi dan ayah yang sebelum itu ceria menonton TV tiba-tiba berubah wajah. Bukan wajah lah. Berubah riak muka.

Dan tahulah anda apa ayat yang keluar selepas itu. Mereka kurang setuju. Tak payah lah, biar la orang lain yang volunteer. Saya tahu, mesti ahli keluarga saya mahu jasad saya dalam keadaan cukup lengkap masa pengkebumian kan?Tapi..

Saya serius ni. Nak jadi penderma organ. Agak-agak elok tak seorang anak mendaftar diri sebagai penderma organ, tanpa pengetahuan familynya?

3 comments:

aAn said...

aku pernah tanye mak aku isu ni & die pon x kasi aku join....aku pon tatau la dunia bawah perlukan kewujudan organ bersame atau tidak...tp bile di pk2 kesian pd mereke yg memerlukan.....

BURDHANI said...

my abg daftar untk derma organ without pgthuan our parents.
tetibe, dpt surat+kad pengesahan penderma organ kat umah, tkejut my mum+abah.
berhari-hari jugak my mum duk resah gelisah.
tapi dh nk wat cmne, dah dftr kan...

hmm..ikut ur intuition je dear

Hawa CMS said...

dear ilani

pada pendapat saye
camne2 pun elok lah mnde tu di bawah pengetahuan keluarga
mmg la tu hak kita n organ kita
n mmg mnde tu sngat mulia
tp pk2, sape yg akn uruskan jenazah kite nnt? of kos la keluarga kan?
so utk mengelakkan sebarang tambahan kecederaan perasaan dr pihak keluarga, elok lah keluarga tahu.

oyeh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...