interview yang sohai

wehhhh!!!
Tadi kan, ada sang kacak lagi hensem lagi smart lagi macho duk berdiri depan saya kehkehkeh. Silap port la bang. TAPI! uh, tak best la. Sebab bukan eye level. Bayangkan keadaan seorang yang sopan lagi ayu lagi pemalu yang berada dalam LRT, seat tepi dekat tiang kat pintu. Comel la yang si ayu ni yang pastinya kohkohkoh. Ok,ok. Walau saling mengadap, yang tak bestnya sebab mata saya hanya beberapa inci dari perut beliau- deng! Nasib saya bukan kategori er..er.. abaikan! Tak best kan? Tak kan nak dongak atas semata-mata nak menikmati ciptaan indah itu kot. Sia-sia je ensem.. Pulak!

Hoh ni nak cerita. Tadi pergi interview kat Seremban. Jauh owk? Ni firm yang si leceh hari tu yang kata kena send file banyak kali tu. Overall, memang excellente! Berapi dia cakap dia panggil sebab dia berminat dengan design saya and so. Sempat la kembang sekejap. Tapi kejap je. Kejap. Lepas tu dia cakap;

" if i'm giving you a task to sketch a 2-storey bungalow, can u do it for me? 3D and plans." Boss ini sangat sopan orangnya untuk pengetahuan uolls

Hoh, selaku calon yang masih gigih mahu membuang masa, saya setuju. Sebab banglo pun. Saya memang suka dengan reka-reka tempat tinggal ni.

Jadinya, saya banyak habiskan masa buat pelan. Ye ah, ingatkan nak kena cerita perjalanan dalam rumah tu semua. Detail la jadinya saya fikir time tu. Semua nak kena detail. Dapur kenapa mengadap situ, tangga kenapa guna jenis tu, bilik master yang mana and so.

Dia datang jenguk. Saya sengih-sengih sebab sketches 3D habuk tarak lagi time tu. Almost 10minit kot masa tu.

Dekat setengah jam dia datang lagi. Dia gelak dan terus panggil masuk bilik dia balik. Lepas tu, ...lepas tu.... Ah!

"ok. nothing much there. Bla..bla..bla... you should practice more..bla..bla..bla.."

Pastu, dia janji nak bagitau keputusan minggu depan lepas dia interview sorang lagi candidate Isnin ni. Baeklah!! Taknak amek haku keje la tu...






Puhh puhh biarla candidate tu tak reti menukih.

4 comments:

yanie said...

mc la..soba byk neh..
mesti pahni ado rezki lg tuh..

ila ni said...

hohoho inshaAllah.

INOTLOVEHUNTER said...

weih ilani..
apakah nama firm itu?
org ade interview kt seremban gak esok..
anda jgn kata L Reliance Consultants..
kecut perut dibuatnya..
jgnlah doa ila dimakbulkan klu begitu..
huhu..

ila ni said...

haa ye la tu!tepat sekali hahaha
dengan itu, berlatihlah sketching bermula SEKARANG!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...