mana lagi nak cari..?

mana nak cari manusia yang bila dengar je adiknya dapat interview, terus volunteer diri nak tolong hantarkan. siap apply cuti lagi.


mana nak cari manusia yang suruh anaknya yang laparkan susu itu bersabar; semata-mata nak tolong adiknya membalas email jawapan panggilan interview.


mana nak cari manusia yang salahkan anaknya bila kameranya rosak disebabkan kecuaian adiknya meletakkan kamera di tempat yang reachable by kids?


mana nak cari manusia yang bersusah payah mencari info mengenai loan kereta dan kereta yang sesuai untuk manusia lain; bukan untuk kegunaan diri beliau pun, WALAU beliau sangat inginkan sebuah kereta tatkala ini. keperluan adiknya diutamakan lebih daripada keperluan sendiri.


mana nak cari manusia yang sanggup bagi kemudahan asas kepada adiknya tanpa merungut walau sepatah pun.


mana nak cari manusia yang SENTIASA mencari jalan untuk kuruskan badan adiknya yang bagai dah takde harapan ni.


mana nak cari manusia yang seharian bekerja dengan penatnya, tapi bila balik rumah masih boleh kekal dalam mood ceria malahan boleh bersembang hebat sampai pukul 7 petang. ( dan last-last asar lewat!)


mana nak cari manusia yang sehati sejiwa bab craving for twisties & coke di tengah malam?


mana nak cari manusia yang sama-sama meleleh kepingin steak Victoria Station yang dah ditarik halal JAKIM tu


MANA NAK CARI MANUSIA YANG BERANAK DUA YANG FUN? opps kantoi dah tua kohkohkoh!



jadinya,
*sesambil air mata meleleh*
terima kasih a million kepada k'ifa yang selama ini mengambil berat akan hal adik-beradik. betul la kata ayah;

" ifa ni baguh. ccagho ko adik-adik"

semoga kehidupan k'ifa sekeluarga diberkati Allah dan rezeki mencurah-curah.





note: entri terhasil sebab keterharuan yang melampau tapi .. u know me. memang takleh express depan-depan segala bentuk perasaan ni!

3 comments:

Fefey said...

agak doh, mesti kak Ifa

ifa said...

WELLLLL ....hins hins hins...

sob2 meleleh gok sposenggg teraso baik la pulok kui3

mrs. sepet said...

awwwww~ this is sweet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...