saya percayakan doktor

Ye, terlalu percayakan doktor. Apa-apa yang tak kena sikit, mesti nak rujuk doktor. Rugi la pulak rasanya tak amek medic kehkehkeh ni ada yang kena marah lagi sebab tak tetap pendirian ni. Bukanlah, secebis je rasa rugi. Perasaan je rasa cam rugi tak amek medic mahupun dentistry, tapi kalau betul-betul amek maunya fail 8 sem.

Doktor dan saya. Saya nak jodoh saya seorang doktor. Wah! nak start melalut. Ok, jom blah.

Walau saya suka sangat jumpa doktor, saya taklah percayakan doktor 100%. Kalau dulu, YA. Tapi sekarang tidak lagi. Mungkin sebab kejadian eczema kot. 2 tahun pergi jumpa doktor, dia cakap

"kulit kering ni. Sapu je moisturizer"

..dengan muka berlagak yang macam taknak senyum kat sape-sape hatta ibubapa sendiri, huh! benci lah. Nak jadi doktor sangat, tapi skill berkomunikasi dengan manusia taknak baiki. Haa kan dah terpedas.


Haih. Sebenarnya nak cerita yang saya sekarang SAKIT MATA. Tak taaau lah dapat dari mana. Sebelum tu sibuk duk kutuk Aqil yang bangun tidur takleh celik mata sebab penuh taik mata nah sekarang..?? Eeee jijik.

Semalam pergi jumpa doktor dia bagi ubat titis tu lah. Terus teringat zaman-zaman lepas PMR yang tak tau nak buat apa. Time tu wabak sakit mata sedang hebat menular SCIPP dan ganjarannya - ofkos boleh balik bercuti! yaaahh! kami suka! masa tu ayat paling glemer;

"mana taik mata kao? NAK!"

hoh jojok gile weh! tapi saya berjaya dapat wabak tersebut ;) Dapat la pulang bermalam di rumah selama beberapa hari. Datang-datang hostel, katil double-decker saya patah dua +_+ Dan sejak itu, PK HEM telah mengarahkan setiap dorm kena kurangkan satu katil yang bermaksud kena bukak yang double tu dan jadikan single. Kesian katil, cinta terhalang.

Wehhh sebenarnye nak cerita pasal sakit-sakit ni. Ok jom.

Lagi sebab saya pergi jumpa doktor semalam adalah sebab.....er... cakap karang, ada yang cakap "eleh hal jerawat pun nak cerita ka" kuikuikui tau sangat mulut kao tu hahaha. Ok serius, serius.

Tak, ni bukan biasa-biasa punya jerawat. Sumpah. Dia naaaaaik, Ya Allah Ya Rabbi, banyak banyak banyak banyak banyak yang amat! Dalam satu malam! Bangun bangun je terus rasa ngeri nak sentuh muka. Tak pernah jadi gini walau saya memang kategori penjerawat. Jadi saya pergi jumpa pakar kulit. Jawapan dia;

"perubahan tempat tinggal @ environment lantas menyebabkan stress"






Patutkah saya percaya, wahai rakan-rakan doktor ku sekalian?

2 comments:

BURDHANI said...

hmm tu doc specialist x?

better jumpa skin specialist la mc la..
biasa kalo org g jumpa skin specialist hal2 jerawat dia bg ubt la.

ila ni said...

a'ah, die mmg pakar kulit pun aja. dia bagi ubat antibiotik utk sebulan, dan cream. harap2 x seriuslah ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...