MUNGKIN sahaja. tiada kaitan dengan sesiapa

mungkin la, mungkin masa ni kita bangga ada rambut lurus bersinar,jadi perhatian para jejaka yang sentiasa tertarik dengan aurat kita

mungkin la, mungkin masa ni dah jadi kebiasaan kita, tudung kejap on kejap off, ikut majlis.

mungkin la, mungkin masa ni kita bangga dengan pakaian-pakaian yang cantik-cantik, ketat-ketat ikut peredaran zaman yang kebanyakan trend setter nya ialah orang barat ataupun korea etc.Oh aku lawa dari orang lain.

mungkin la jugak, mungkin masa ni kita tak rasa pun betapa besarnya kesalahan melembut-lembutkan suara terhadap bukan mahram, bersentuh-sentuh kulit semua tu.

mungkin jugak masa ni kita rasa kulit kaki, kulit lengan tu semua bukan aurat sangat pun. normal la tu tak pakai stoking. minah-minah alim je pakai.

mungkin masa ni kita bangga dan rasa hebat bila kita tau dan pernah rasa jenis-jenis arak dan nama-nama kelab malam sekitar ibu kota.



besar kemungkinan;
kita dah lupa perkara-perkara basic yang menyumbang ke arah dosa.
sehelai rambut terdedah, apa balasannya di akhirat.
bersentuh kulit antara lelaki & perempuan pulak apa balasannya.
dan macam-macam lagi yang kita dah buat-buat lupa.
takde kesedaran untuk mendalaminya.
sebab?
kita tak dapat gambaran lagi macam mana azabnya nanti di dunia lagi satu yang kekal tu.
kalau tengok Maut, mungkin la ada sikit rasa gerun dan takut

kalau lah kita saling mengingati, kan bagus?
ini dikutuk pula bila cuba nak insafkan diri dan menasihati yang lain.....

dan memandangkan ini ialah blog, maka ingin ditegaskan, entri ini tiada kaitan dengan rakan-rakan terdekat. jangan pepandai buat spekulasi sehingga menjejaskan hubungan saya dan rakan-rakan.
ayat-ayat tersebut adalah berdasarkan keinsafan yang timbul dek perilaku sendiri dan juga pemerhatian secara kasar masyarakat sekeliling.
harap maklum.


2 comments:

yaNi said...

terima kasih ila atas peringatan. :)

mrs. sepet said...

nice entry. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...