novel terkemuka di pasaran dunia masa kini

Pukul 8.35 pagi, saya tercegat di luar ofis; ditemani pokok-pokok yang kononnya pokok bunga tapi sangat selekeh penjagaannya.

Isk.. dah tekan loceng.
Ke loceng ni rosak?
Atau dia yang tak dengar?
Ke aku yang tekan slow sangat?
Karang tekan banyak-banyak kali ada yang kena pecat tak sempat kerja nehh
Takpe. Tunggu.

Dekat 7 minit, datangla 2 budak perempuan yang peramah. Trainee. Dia cakap, lain kali tekan je loceng (aku dah tekan la dik..) sebab kat dalam memang dah ada orang. Apa orang tu berumah di opis ke? Tak sanggup nak tanya.

Dia tekan loceng - OHH TEKAN LOCENG INTERKOM ROPANYA! Jahanamlah kao loceng palsu lagi satu tu!sudah menjadi sifat manusia ini gemar menyalahkan benda di sekelilingnya untuk cover malu. Dan sekelip mata terus ada yang bukak pintu. Dan mata saya turut terbukak luas! ;- OFFICEMATE YANG HENSEM ADALAH PEMANGKIN KEJAYAAN DI HARI TUA. apa kaitan ngan kao weh?

* * *

Sumfahh bosan
Bukan bosan sebab environment tak best, tapi bosan sebab takde keje, pulak tu takde internet. kuikuikui 2 bulan lebih tu hidup sehari-harian mengadap internet. Asal free je, ngadap tenet. Tapi ni?? Keje takde DAN internet pun takde. Ah sungguh tak best. Dah dekat sejam duk tenung PC...

* * *

HOH HAMEKK!
Nak sangat kerja. Dah pun dapat hadiah dari boss; segulungan tebal working drawing.

"Nah drawing sekolah. Tengokla apa yang patut. 6hb ni meeting"

wowowooo... M.A.T.I. kot?? Lek luh. Tandas ofis pun tak tau lokasi lagi. Apa nak cakap kat meeting weh. Harap-harap bos tak paksa saya bersuara. Serius, saya memerlukan masa untuk belajar lead meeting....









perubahan sedikit : tak hensem sangat pun.. Dan kini saya sudah boleh berkongsi info ini;- YA SAYA SUDAH BEKERJA. Seminggu dua lagi inshaAllah masuk site di Seremban mewakili residence architect bagi opif kecik yang semua keje staf hanyalah datang opis untuk tidur. uuu best2. nyesal mintak site...

6 comments:

Anonymous said...

wah mcla dah keja
opis katne? kL?

ada time+byk2 duit leh hangout+shopping2..=)

ini aja
malas nak sign in
(",)V

Fefey said...

adat la tu, salah kan alat daripada diri sendiri..mcm fifi, salah bas yang brek mengejut bila jatuh tegolek :))

Rashid said...

wow!!!sudah keje!!!!bagus2...jaga site lagi..

kondisi site boleh merubah peribadi seseorang..so prepare dgn perubahan diri anda!!..haha

ila ni said...

aja:
yep, keje kat pinggiran ukay. whoaa nk shopping tu, meleleh air mata dulu kot dengan keadaan skrg ;)

fifie:
tobak doh. HAHAHAHAHA TOKLEH INGATLA KES BAS BREK TU

rashid:
tu la psl, hr tu join meeting, seriau aku. takpe, bab ayat pedas, aku boleh handle hahahah

tun teja said...

hihi..seb baik xkutuk sy..haha...kesian pokok bunge mnjadi mgsa keadaan..huahuahua

ila ni said...

auwww malu~~ shhhh diam2. jangan kasi sopi tau kesah 1st impression ku ini ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...