Sekarang saya laaagi lah menghargai hari hujung minggu

weekend itu sangat penting.
dari dulu lagi saya sangat menikmati weekend.weekend lah hari untuk mengatur kehidupan untuk satu minggu yang akan datang.basuh baju-baju, tukar cadar, tuala, kemas dapur, kemas bilik dan baaaanyak lagi.melakukan kerja-kerja tersebut membuatkan hati rasa lebih tenang dan rilek. (ada nada 3R sikit kat sini)

jadi nya, bila tak terbuat kerja-kerja tu sewaktu weekend, memang rasa serabut!rasa macam weekend yang memenatkan. macam weekend lepas.

Jumaat malam dah lepak di Ampang Puteri. Dah agak penat di situ ye anak-anak.
Sabtu, seharianlah boleh dikatakan berada di Hospital Assunta la pulak.
buat rapid test influenza A.
alhamdulillah negatif, farah sahaja yang +ve. Tapi bukan H1N1.

Ahad, tengah hari hantar jubah, straight ke Jusco Balakong bawak ma ayah shopping ( konon kedengarannya anak yang bagus membelanjakan duit untuk ibu bapa) tapi mereka bayar sendiri lah. Saya miskin. Lama la jugak. Penat kaki. Dari jusco terus ke rumah geng Cheras. Balik Ampang, silap amek jalan dah sampai ke KLCC. Takpe ah. Tapi lenguh la kaki duk tahan brek sepanjang hari.

Sampai rumah dah malam. Dan oh, esoknya dah pun Isnin! Deng. Takde langsung agenda rilek lepak depan Tv sambil kunyah kacang. .

* * * *

Dan Isnin, saya telah termakan gaji buta - tertido depan PC!
dengkur tak dengkur, belakang cerita.
Tapi boss, mintak halal lah ye...


p/s: kelantanese yang nak order cupcakes bleh klik kat AWAN kat chatbox sebelah. mekasseyy!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...