takkan faham punya. tak payah baca. hanya mengeluh sorang-sorang.

sekarang baru rasa tekanan kerja.
ni pun rasanya belum tahap maximum kot.
jumaat baru ni saya diberi tugasan untuk design Kompleks Kraf kat Penang.
serius tak tau apa-apa.
ingat dia suruh baca je brief tu, maklumlah, budak baru kerja, kot-kot la nak suruh biasakan diri dengan project brief sebab pasni nak kena jaga site kann.
tup-tup petang tu suruh siapkan cepat-cepat, nak next week.
gilak ah?!

dan hari ni, datang pagi, rilek sikit bila officemates cakap boss takde dan takkan masuk untuk hari ni.
jaaadi, saya dengan tenang telah tersengguk-sengguk di meja.
malam tadi stay up la konon nak siapkan, tapi habukk; DAH ADA INTERNET NAK BUAT KERJA MACAM MANA

dan,
pukul 11.30, boss call cakap pukul 2 japgi dia masuk, nak tengok yang dah finalize punya plan. maaaati!
terus hilang mengantuk.
report lesen hilang pun sanggup tak settlekan, tak keluar pun 'lunch' hour tu.
takat buat design skema, memang la boleh kan. tapi bab masuk-masukkan structure (column je pun) memang hampeh.

kul 5.10 petang, gigih lagi siapkan, takut kalau boss turun kul 5.30 jap gi (boss memang suka turun jenguk waktu-waktu kitorang dah ready nak balik, saaje je lahh!)
Eh eh rupa-rupanya pukul 5 petang adalah waktu pulang di bulan ramadhan, hohoh semangat ngat siapkan keje sampai nak tunggu lagi setengah jam! ;p malu kat diri sendiri

so sekarang ni, walau tak tau nak buat apa dah dengan plan tu,
still rasa macam tak cukup lagi.
rasa tak complete.
tapi memang tak tau nak buat apa dah ni.
siap dah ada lanskap dah.
tapi tak tau la cukup ke tak floor plan yang macam tu.
kalau ada orang crit best jugak.
tapi itu dulu, zaman-zaman belajar boleh la suruh kawan-kawan tengok-tengokkan.
tapi sekarang?
masing-masing ada tanggungjawab.
nak tanya senior office tu pun takut dia busy, haih~
ni yang benci bila kerja tetap ni.
kalau trainee je kan bagus..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...