2 kali ter ter terrr menangis!

sebab satu : SHOPAHOLIC & BABY
yang ni memang ngoi lah, boleh pulak termengalir air mata kat ofis tadi?! rugi air mata je TAPI TAPI TAPI ni nak cakap, banyak-banyak shopaholic series, yang ni yang paling menarik kot. rasa sangat hidup character Becky dalam ni. Becky memang huru-hara & bodoh piang (bahasa angah) tapi tetap ceria 24jam. Luke pulak, haihh tak yah cakap, memang sweet habes. biasa tak pernah-pernah kalau baca novel inggeris nak terberangan tapi yang ni terdrag skali nak jadi becky! kohkohkohkoh. best. memang sayu part yang Venetia cakap kat Becky; Luke akan tinggalkan Becky lepas bersalin nanti. maaf la, baru baca cerita ni. outdated eh? biar biar. nok jugok oyak.

sebab dua : SOLAT TERAWIH
segan nak cakap tapi malam ni malam first saya berterawih hammm malu! (bukan first seumur hidup ehh) lepas beberapa kali attempt, berjaya jejakkan kaki. sebelah blok ni je pun suraunya. barulah rasa macam bulan puasa! ;)

oh haa nangis tadi sebab doa yang imam tu baca sangat sayu. dia doa dalam bahasa melayu, tu yang faham elok tu. kena pulak dia buat intonasi yang... ya Allah pendek kata memang haru lah!


Ada satu ayat tu, lebih kurang macam ni;

"Ya Allah, makbulkanlah doa kami walau kami jarang sekali mengingatimu Ya Allah. Ampunilah dosa kami yang semakin hari semakin bertambah dan amalan semakin berkurang"

PANGG!!

memang kena atas muka. tu yang terus tersentap zass tu. dan baaanyak lagi ayat-ayat makan dalam tadi. sedih.

oh dan satu lagi, tadi sebelum terawih ada tazkirah Ramadhan. Ustaz tu telah memberi satu contoh keadaan tentang kematian-kematian ni;

"ada seorang perempuan tengah nak lintas jalan, balik kerja. tiba-tiba kena langgar kereta dan meninggal di tempat kejadian...." err lupa ah ayat dia, tapi yang pasti dia remind bahawa kematian seorang muslim/muslimin yang baik salah satunya adalah cara pemakaiannya ketika ajal. Pendek kata, meninggal dalam pakaian yang tak ikut cara pemakaian yang dah ditetapkan Allah (sendiri faham la macam mana pakaian tersebut); adalah sesuatu yang tak elok. eh aaa apa ayat dia tadi??!! sila hubungkaitkan sendiri semua ayat dalam paragraph ni. sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...