bilangan patah perkataan semakin hari semakin menyusut.

'no one is available to chat' - kata facebook.
ye ah, orang tengah bukak puasa sekarang ni.


masuk hari kedua 'bukak puasa' sorang-sorang. esok pun sorang-sorang jugak lagi sebab k'ifa dah off to taiping pagi esok. bila dah kerja ni, memang lah best takde assignments time-time cuti raya ke weekend ke, tapi satu je saya bosan - jarang sekali jumpa kawan. sebab masing-masing duk jauh, weekend selalu nak rehat rumah lah, jumpa orang tu lah jumpa orang nilah. ada kawan dekat-dekat pun segan nak ajak. eh ade ke dekat-dekat ni? jap..... aa ada,ada! tapi takkan lah nak keluar berdua je kot kan.


kalau zaman belajar, nahh sekali keluar jumpa semua! takdenye weekend ni keluar dengan A,B dan C. weekend depan keluar dengan geng DEF haih~ pendek kata memang rindu ah.


bosan pun ada jugak. sebab saya ni dah lah duk ofis tak cakap banyak (keadaan yang mendesak untuk jadi pendiam), balik rumah, harap main-main dengan anak-anak buah je lah. memanglah family adalah yang terbaik, tapi kekadang tu nak jugak bersembang bergelak jumpa kawan-kawan sebaya kita. sekarang ni boleh bilang ngan jari je dengan siapa saya berkomunikasi hari-hari;- dengan kak ifa & family, dengan staff yang 3 orang tu & boss (jarang-jarang) dan.. dah, tu je. 2 kelompok ni je. oh dan ada sorang lagi termasuk dalam list - Pak Guard! hahahah mcPa cakap, nanti akan ada kisah Cinta Palang Automatik. ngoi lah! terima kasihlah pakgad kerana rajin menegur sapa penghuni Chancellor ni, ada jugak berfungsinya mulut saya ni.

tambah lagi sekarang tengah semua sibuk berfacebook. apa-apa drop comment je. kalau SMS atau call, mesti dah nampak janggal gilas dan rasa pelik sorang-sorang. teknologi telah emnjauhkan kita, cececee..


ye ah, macam pernah diquote dari Reader's Digest, mula-mula, telefon telah melenyapkan the art of handwriting. bila ada email, email telah melenyapkan kemesraan sebenar yang tertonjol melalui suara-suara di corong-corong telefon. sekarang? nahh SMS @ call hanya untuk orang tersayang. kalau orang lain buat, rasa pelik.


ah borim. hari-hari pun nak tulis entri bosan & menyedihkan.


haih, siapa mau bersembang dengan saya... saya call. <-- tahap desperate nak bersembang.

6 comments:

keriangandunia said...

sucks kan dunia pekerjaan! waaaaaaaargggggghghhgghghghg

ila ni said...

sangat. tapi ko ok lagi kamceng dengan geng opis. aku...??

keriangandunia said...

apasal ko anti sosial sgt? bergaullah bersame mereka. kalo ko xmasuk dgn diorg, takkan sampai setahun nak biar begitu? fuhh gile~ give n take. mengalah. blaja terima org lain. cewwaaahhh.. hahaha

ila ni said...

arghhh aku anti sosial?? haih~ tadi aku dh try buat kamceng, ajak kua jln2 lunch hour. dlm kete ok sembang hebat, masuk opis diam balik. memang pekerja berhemah kot, duk opis kena diam. aku akan terus menggasak hebat lpas raya ni, saksikan!!

tun teja said...

cik ila..bknla xnk ckp..tp xtau nk ckp pe...lgpon opis 2 kan kecik,nk borak nnti sume org dgr..huhu..sy pon bosan thp gabab da..slalu ngantukkkkkk!!!!!!!!!!

ila ni said...

huuu sama ah. keadaan memaksa utk limitkan perbualan dlm opis, sebab segan nanti amin & sopi dengar gosip2 hebat kita hahahhah

ms lunch je blh nk sembang hebat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...