hamm malu!

nah zaki, aku jawab kat sini terus. Diingatkan, ni pendapat dari aku, bukan mewakili perempuan lain eh.

Perempuan suka :

1. lelaki yang gagah
gagah dalam erti kata boleh angkat tangga, boleh angkat tong gas; YES.

2. pandai bersukan – bola, basket, ragbi etc.
tak sangat. tenis, basketball - YES tapi kalau bola..hurmmm tak nak lah. mesti jadi fanatik macam kanak-kanak lelaki yang lain.

3. bijak pandai – CPGA mesti sentiasa atas 3.5
aish bijak pandai memang perlu. tapi taklah sampai kena 3.5 ke atas. pandai dalam menjaga hubungan sosial antara manusia dan Allah dah mencukupi.

4. ada kerja – dining hall, hotel, library etc.
syarat wajib.

5. ada kereta – especially sports car tak kisah la tahun bila
ada kereta agak wajib tapi kalau public transport pun takpe, comel. ;)

6. pandai jamming – guitar, bass, drum, keyboard etc.
bonus. nak-nak HEBAT main drum!

7. pandai buat lawak expecially dpn pompuan
tak perlu sangat. sekadar tak membosankan dah la.

8. tau jalan2 dekat US ni – boleh lead bila pegi travel
erm. tak perlu. tapi wajib ada surviving skill yang tinggi.

9. pandai programming – bleh buat website lawa2
tak perlu

10. walaupon rock tapi alim2 sket – bleh lead solat jemaah
syarat wajib untuk meminati lelaki.

11. berambut pendek dan kemas
tengok gaya. rambut panjang diikat pun ooookai.

12. tak terlalu clean shaved – tinggal la sket janggut in vertical line..macho siot
vertical line tu? buwekkk nak muntah. macam perasan macho hihihihi

13. wangi – pandai pilih perfume
ah-ha, ok gak. Janji takde bau busuk pun dah memadai. kalau wangi - bonus point!

14. hadiahkan bunga – even sekuntum rose je
er.. tak jiwang sangat ke tu? kalau jiwang, taknak. agak lemah sikit bab2 ni

15. selalu hadiahkan teddy bear – kalo kecik bagi banyak2, kalo besar satu je
tak perlu. sebab teddy bear takde guna. cuba bagi yang selalu digunapakai sket.

16. ingat birthday awek – tak lupa bagi hadiah best2
ingat birthday; yes. sebab sebagai salah satu tanda yang kita agak special dari orang lain yang dia langsung tak ingat.

17. pandai amik ati mak and abah awek
wajib. syarat untuk bahagia di hari tua

18. sanggup teman awek shopping – biarpon berjam-jam
taknak. taknak ditemani pun sebab suatu hari mesti merungut "pompuan shopping lama"

19. bleh bagi pendapat bila awek Tanya “awak, tudung wardina ni sesuai tak dgn saye?”
taknak. fesyen perempuan biar perempuan je yang tentukan.

20. bila cakap dlm phone, let women do the talking – lepas tu kasi komen
Ala...biarla sama-sama cakap. kang nampak macam syok sendiri pulak.


Perempuan TAK suka :

1. lelaki yang lemah – kurus, tak workout
tak jugak.

2. tak terer bersukan – petang2 tak kuar main, dok umah je
tak jugak.

3. study asyik kantoi – dok struggle nak kekalkan CGPA atas 2.0
memang boleh buat pikir 2 kali jugak la. Tapi setiap orang ada kelemahan & kelebihan masing-masing. konklusinya, ermm.. bukan satu masalah kalau asyik kantoi. Saya terima!

4. malas cari kerja – harap duit scholar je
memang tak suka.

5.takde keta – pegi memane tumpang keta orang atau naik bas
biasa je.

6. tak minat muzik langsung – tak leh sembang pasal rock bands
aa baguslah tu. eh tapi jangan la sampai tak tau langsung. sekadar cukup untuk elak jadi ignorant.

7. takde sense of humor – org buat lawak die blur je
kalau blur takpe, jangan buat muka bosan dengan lawak-lawak yang dipamerkan!kuang ajo namanya :P

8. takde life – tak gi jenjalan memane and tak tau tempat sekeliling
hurmm agak disaster jugakla kalau ada mamat macam ni.

9. tak celik IT – buat website guna frontpage pon kantoi
tak pe. bukan minat dia nak buat macam mana??

10. asyik enjoy siang malam – tak ingat mati
memang benci ah. jelas.

11. rambut serabai – panjang dan tak terurus
serabai ok tapi mesti terurus. mksudnya, gaya serabai tapi dalam diam beliau menjaga rambutnya agar tidak hapak

12. kuat sangat isap rokok – sekali-sekala takpe la kot
betul! betul! tapi kalau nak merokok banyak-banyak pun takpe, asal jangan di tempat ramai orang dan semestinya saya tiada dalam radius berdekatan.

13. badan berbau – malas mandi
alahai kesiannya. ok2, agak benci la jugak. tapi nak buat cemane? sedihnya soalan ni.

14. tak romantic – bila awek mintak berkali-kali baru nak bagi bunga
ok je. awek tu yang ngada-ngada! ;P

15. jarang hadiahkan teddy bear
beress

16. wish happy birthday seminggu lewat – kuat lupa
ok je. asal wish. janganlewat berbulan-bulan dah.

17. dah bertahun couple – tak pernah jumpa parents awek
ok ah tu. siapa suruh couple awal-awal kannn hahahha

18. bagi alasan bila diajak pegi shopping
laaagi la suka!

19. asyik jawab “tak kisah” bila orang tanya pendapat dia
haa agak rasa nak backhand la jugak..

20. bila borak on the phone, die pulak yg pot-pet lebey2
tak benci pun. tapi tengok mood jugak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...