the kite runner

seharian 'selsema' di ofis. afienna patut bagitau awal-awal yang cerita ni sedih yang amat. touching gilas. hassan seorang kanak-kanak yang sangat pure, sangat loyal dan lurus. setiap kata-kata dia sangat sweet.

memang patut lah #1 best seller. cara dia describe suasana dalam novel ni sangat jelas sampai boleh terpejam-pejam mata bila dia start imbau kenangan dia dengan hassan masa kecik. paling sedih, bila penulis describe yang Amir dalam diam rasa kesian dengan Hassan yang tak pernah pun impikan hidupnya berubah bila dah besar; masih membayangkan dirinya tinggal dalam pondok kecik belakang rumah Amir dan sentiasa menyokong Amir sampai bila-bila.

Part yang hampir buat meraung dalam ofis bila baca surat yang Hassan bagi kat Amir. Sedih gilasbabs. Meleleh-leleh air mata (dan hidung).

Semua orang, sila baca buku ini, tak rugi.

buku-buku yang dibaca semua dah basi harap maklum. dulu nak beli, sayang duit ptptn. sekarang dah jumpa kedai sewa buku, baru boleh tebus balik buku-buku hebat yang buat air liur meleleh 2,3 tahun yang lepas. Last Lecture best dok? nak cari nih esok ni... sesiapa tau novel-novel yang best tolong bagitau, bosan nih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...