Reader's Paradise

saya dah takde mood nak bekerja lepas tau annual leave tinggal 4 hari . mana aci, start2 kerja dah ada 5 hari setengah. TAK ADIL! macam mana nak cuti raya haji.......?

hah ni nak share kepada mana- mana yang jenis suka baca buku tapi rasa takde duit nak beli semua buku yang diingini; anda semua bolehla bergerak ke Ampang Point. Kalau yang naik Star LRT tu lagi senang la kot dari pergi sewa kat Central Market.

Pergi Ampang Point, tingkat 2, sebelah kedai makan korea, ada terselit satu Reader's Paradise. Memang paradiso sebab banyak buku best-best. buku lama? buku baru? literature? semua ada. Yang penting, Hlovate & Shopaholic series memang cukup lengkap!

Macam yang Rooftop Rant tu, deposit RM26 dan buy back price adalah RM21. Jadi, harga sewa Rooftop Rant ialah RM5 lah. Ok la kan daripada beli dan sekali baca je. Baca banyak-banyak kali pun takde pekdah sebab dah tau jalan cerita. Lain la kalau English novels, baca banyak-banyak kali sebab nak biasakan diri dengan vocab & grammar.

So, ayuh! siapa-siapa mau pergi, boleh stop kat LRT Ampang, dan saya gi amek anda. Cepat-cepat, nak gi hantar buku ni.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...