spender. eh hadiah. eh rambut.

saya ada 9 orang anak buah. berapa ringgit sorang nak bagi aa? haih ramai la pulak..

ok,ok. saya ada 9 orang anak buah. salah seorangnya ialah Farah Amani. (asyik-asyik nama dia masuk blog). dia memiliki rambut kerinting yang walau panjang, masih nampak pendek. dan bila rambutnya basah, terus nampak kepanjangannya dan rambut itu pun tak pasal-pasal la kena marah kat Farah. "hei apa nih?!" sambil tangan cuba pegang rambut kat belakang. pipinya juga sangat kembung. macam dah sampai masa untuk meletup. gigi beliau sungguh putih berseri. tak tipu. memang jeles. lubang hidungnya pula sungguh sweet, sebab tiap kali beliau muncungkan mulut, lubang hidungnya membentuk bentuk love a.k.a heart shape. maka, setiap kali dia muncungkan mulut, mungkin itu bertanda 'I Love U'.

dia sangat special. dari kecik sekecik-kecik yang tahap nak garu tempat gatal pun tak boleh, sehinggalah sudah mampu menggunakan tangan untuk menampar orang yang lebih besar daripada beliau, saya ada di sisi beliau melihat tumbesaran berlaku. tak lah 24 jam tapi kira SELALU la.


dia ni memang aneh. dari kecik sudah terserlah keanehan itu. rambut kerinting? tak cukup aneh.

kadang-kadang kalau layan budak kecik, ada jugak masanya rasa annoying. tapi TIDAK dengan farah amani. memang selalu menghiburkan. dia buat lah apa pun, takde rasa nak marah pun. nak gelak ada lah.

hari tu, lepas keluar tandas, dia main lego. khusyuk. tapi tak pakai spender, jadi saya suruh dia pakai spender Dora yang berdekatan. dia pun tanya; sambil kaki nak pakai spender -

"mana Pooh?"
"Pooh takde, sekarang Pocoyo" merujuk kepada TV.kot. sebab pakai spender depan TV?

lepas pakai spender, dia bangun jalan sana sini cari 'kerja'.

Setengah jam kemudian, saya tengok dia tergaru-garu perut. Saya selak skirt dia nak tolong garu. tapi cuba teka saya jumpa apa...

MEMANG MENYAKITKAN HATI!

saya jumpa spender DI BAHAGIAN PERUT. ya perut! bawah sikit dari dada. dan spender itu ialah spender Pooh. oh my! inilah Pooh yang ditanya tadi. bodoww laa! selok kerah. rupa-rupanya dia masukkan 2-2 kaki dalam satu lubang kaki spender (tak tau nak describe macam mana) macam pakai kain sarung la konon. bila nampak spender Pooh takde di lokasi sepatutnya, tu yang dia tanya, mana Pooh yang dia pakai tadi. haih~ dah la perut besar, berbirat merah sekeliling pinggang.

lepas tanggalkan Pooh tersebut, terus sambung main. muka sah-sah la buat muka rilek dia tu!
dia memang cool.

lagi satu, sejak-sejak dah banyak vocab, banyak jugak ayat-ayat yang seram.

"ciksu, nak Tamin"
this is spooky! haku baru duk diskas kat facebook pasal pakcik-pakcik DM sekolah dulu, pakcik Tamin, Phut Dut, Gummy Bear etc dan dia tiba-tiba cakap nak Tamin???! How on earth dia tau wehh?! Dan tamin??? takde manusia lain ke yang dia nak? Jadi saya pandang dia pelik, dan oh, tangan dia tengah pointing vitamin C kat atas peti. heck.

"ciksu, nak makan bear"
kot ye pun ko ni ganas, tak yah la tunjuk ganas sampai tahap nak makan bear kot, mana nak cari beruang tengah-tengah malaysia nih!

dan ye, rupa-rupanya tangan beliau sedang tunjuk ke arah set pinggan mangkuk Blue Bear dia rupanya. maksud ayat tadi ialah

"ciksu, nak makan nasik dalam mangkuk bear" tapi sebab panjang sangat kot, jadi la ayat first tu. haih.

apa-apa lah farah. ciksu just nak cakap;


"HAPPY 3RD BIRTHDAY, FARAH!"

"i pakai legging dari arm socks ciksu i, kul kan i? boleh taraf-taraf diana rikasari nih "

semoga farah dipanjangkan umur (dan rambut) dan bila dah pandai baca buku, ciksu nak paksa farah baca entri ni sebagai hadiah tiap-tiap tahun kehkehkeh jimat duit ciksu!

2 comments:

n.A.d.!.a.H said...

asyik2 citer farah je kan...

msti farah nie spesil sespesil tuannya ah..

dn kalu anak2 buah lain baca,msti jeles..

ciksu nih pilih bulu yer??

ila ni said...

heheh dok lah. sbb byk spent time dgn dio, menumpang rumoh dio, jd byk kasih syg tertumpah ke sini ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...