backdated : Isnin

Aaah weekend yang hebat walaupun letih gilas.

Sabtu, ‘pergi’ Australian Education Fair dengan Fifie. Dua saat duk situ, chow, terus ke The Curve & IKEA. Cuci mata dan makan. Akhirnya outing bersama Fifie berjaya setelah beratus-ratus kali percubaan.

Balik, Fifie drop di LRT KJ dan alang-alang transit kat Masjid Jamek, haape lagi. Solat dan terus jumpa sehelai baju yang worth buying. Pastu ke LRT Ampang dan drive ke JJ Maluri pula kehkehkeh cuci mata sahaja. Kejap je kat JJ pastu balik. Terus tidur. Internet kena bar.

Ahad, lagi lah marvellous. Jumpa budak-budak studio! Hip hip horei! Angah & Intan yang sewa bersama-sama buat open house.

Pukul 11 pagi lagi dah sampai, sebab ikut Wak yang berkereta baru + besar yang nak datang awal sebab ada agenda lain lepas zohor katanya. Jadinya, duk rumah Angah & Intan dari pukul 11 sampai la pukul 6 petang. 11-3 memang bosan, tapi lepas tu berderu-deru. Sempat jumpa Padi & awek; Ain. Jumpa Zed. Dan jugak Afiq yang sepatutnya ke Subang Airport dulu ke macam mana tah. Sayang ah korang semua, sanggup tunggu kawan-kawan lain sampai. Tapi Padi kecoh nak balik tebang pokok pulakk dahh. Klasik.

Dan Angah! Lain kali jangan buat ayat-ayat macam tu lagi, segan gile aa.. nak keluar dapur pun segan. Benci angah & ain.

Balik, hantar Nor, Ain & Inot. Rasa sedih dah start dah time naik kereta tu. Memang perasaan sayu + sedih teramat akan muncul tiap-tiap kali balik dari berjumpa budak-budak studio. Tak tau kenapa, memang budak studio memberikan effect yang besar dalam kehidupan saya. Dan nor. Masing-masing duk sedih dalam kereta. Balik dari berkenalan dengan rumah inot, laagi la sedih. Tambah tambah sedih bila dah drop Nor & Ain dan drive sorang-sorang pulang dalam kegelapan ke Ampang. . .

Hujung minggu berakhir tanpa banyak masa terluang kat aqil & farah. :’(

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...