Oktober 11, 2009 Ahad


Hah bangun awal hari ni. Stok-stok zaman sekolah dulu. Pukul 5.30 pagi bangun, chop towel kat shower aras 2 blok D. Dan seperti zaman sekolah juga haku telah TERponteng subuh jemaah di musolla keh keh keh chill,dah takde yang marah kot kali ni.


Pukul 7am bergerak dengan intan ke Dataran Puteri sebab nak tengok roll-call yang dirindui plus nak nyanyi lagu sekolah. Semangat malam tadi berlatih nyanyi dengan budak form 4 yang tiba-tiba datang melepak kat bilik rehat kitorang. Tapi sangat lucu lah prefect zaman sekarang, kasik command nak masuk barisan pun suara lemah gemalai sangat. Langsung takde gaya kawad. Disebabkan ada PMR, maka dewan takleh digunakan untuk perhimpunan mingguan. Kalau tak mesti lagi banyak aksi terakam nak nak gaya-gaya cikgu lelaki tertidur atas stage :P


Lepas roll-call lah saat yang ditunggu-tunggu; jumpa cikgu!
Pagi ni, cikgu-cikgu makan free, alumni belanja. First time tu makan dalam bilik makan guru, semeja dengan cikgu-cikgu pulak tu. Rasa macam member-member doh. Saya makan bersama-sama dengan cikgu Zanisah & teacher Nasirah. Masa majlis ucapan tu, duk sebelah ustazah Roslina, hoh semangatlah bersembangnya! Ustazah masih kepoh seperti dulu, best best! Sambil-sambil tu, try buat soalan Geog PMR yang ada budak-budak ni tertinggal kat meja kantin, tapi hampeh, langsung takleh jawab.

Majlis dilanjutkan oleh bonda pengetua; mak Elida, ke bilik mesyuarat la pulak. Da, mok mu siap terbahasakan diri ‘makcik’ lagi hahahah lucu sebab biasa kalau jumpa bermakcik auntie, tapi dah terjadi pengetua sini, kekok la jugak nak ubah panggilan tu.

Lepas majlis, pergi memburu guru-guru. Semua jumpa, tapi yang paling dikehendaki tak jumpa. Cikgu Midah, di mana anda?? Semua pun tak berjaya menemui beliau. Sedih.


Jumpa ramai cikgu tapi lupa nak snap, excited sangat kammm..

Around 11.30am, bermula la babak sedih. Sorang sorang start balik rumah. Rasa macam kalau boleh nak tambah lagi 3 hari.


Packing, discuss dan peluk cium semua, pukul 2pm saya dan kak Ana bertolak ke KL. Dari Kuala Krai ke Kuala Lipis, saya drive memandangkan kak Ana pening dan macam tak sihat. Fuhhh first time bawak kereta manual sejauh itu! Debar oo.. dekat-dekat Lipis jalan berbukit dan berliku plus lori-lori balak pun time ni la nak menyibuk di jalan raya. Hujan lebat pulak tengah-tengah jalan tu. Mencabar! Sampai tahap kaki hampir cramp, saya tukar, kak Ana pulak drive. Padahal 3 jam lebih je tapi sebab kaki bekas jatuh pagar masa form 5 ni memang cepat cramp lepas kejadian tempang tu.
Stop kat Genting Sempah untuk solat & makan pada pukul 8.30 malam dan sampai ke Rawang pukul 11 malam. Dan sampai di Ampang 12.30 tengah malam sebab terlepas satu exit lantas terus ke pusat bandar ohkokhokoh!

Pendek kata, REUNION-SANGAT-BEST!

2 comments:

elida hanan. said...

mcla, haha...umi aku oyak.. "umi konpius tktau nak baso gapo, smeta aunty, smeta makcik, smeta cikgu".. haha..sungguh kemain umi aku crito pasal alumni ni kemarin, siap puji2 lagi...oyak bagus laa wat alumni ni.. mace2..hehehe

ila ni said...

hins hins la jawobnyo lube idum aku nih, isk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...