Oktober 9, 2009 Jumaat


‘to breath the same fresh air,
and to bath in the same stinky bathroom;
that was more than enough to make me complete.’

Pukul 11.45pagi baru bertolak, dari Rawang. Naik kereta kak Ana Pataniah, The Pioneer. Siapa tak ingat dia memang nak kena katok.

Excited gilas.
Tiba-tiba mata jadi segar bila nampak ‘SEMPADAN DAERAH NEGERI KELANTAN’ Lego! (bukan sejenis alat mainan) Lepas merehat dan merawat urat-urat sendi di R&R Gua Musang, mata kembali liar mencari signboard ‘PASIR PUTEH’ lah pulok. Maghrib, masukla Machang. Lalu laluan alternatif ke Pasir Puteh, jumpa makcik nakal yang pakai kain telekung di dalam kegelapan berjalan tanpa sebarang torchlight. Gugur la kejap paru-paru belah kiri.

Pukul 8.30 malam, selamat sampai kat gate sekolah yang dituju. Ambil gambar, ambil video barulah heading ke hostel. Tapi frust tak sempat dinner dalam tray (dinner 6.30 – 7.30pm). . .sebab the next few days, kami dijamu bagai seorang warden ceceee dulu-dulu kemain meleleh air liur tengok warden makan dihidang dalam pinggan, boleh ambil lauk banyak-banyak.


Masuk Blok Dinamik, tempat penginapan – bilik rehat. yang 6 tahun lalu duk layan Meteor Garden & Successful Story of the Bright Girl sampai 3,4 pagi. Lebih kurang 34 orang alumni yang lain dah pun berancakan update dan bertukar cerita. Kami orang last sampai untuk malam tersebut. Dan masa nak naik ke toilet tingkat satu, ada la satu suara yang sangat dirindui menegur;

“cari gapo tuuu”

Nada yang sama.
Kadar sebutan patah perkataan masih lambat.
Suara yang sama. Lemah lembut.

Teka, teka. Cepat teka!




Dia ialah KAK OBI!
Kak obi ni sangat special. Ayat lambat-lambat, lemah gemalai tapi makan dalam hohohohok. Hawa mesti rindu kak obi.... berani bet lah! Kam Awa kam kam


Esok nak bangun qiamullail ni. Kak wie imam.
Bersambung.



Oktober 10, 2009 Sabtu

Huh takde maknanya nak bangun qiamullail semua tu. Subuh pun gajah-gajah sesikit. Tapi masih berusaha siapkan diri seawal mungkin sebab nak ulang balik rutin harian bertahun-tahun dulu, bermula seawal pagi.

Jalan kaki menikmati sunrise. Udara di SCIPP masih segar. Dan sejuk. Pokok-pokok bertambah subur dan rumput makin banyak. SCIPP mula menghijau.

blok Cekal

sunrise

musolla

jalan jauh untuk ke roll-call setiap pagi


court tenis. dah buruk sikit, kot?

antara pokok yang besar suatu ketika dahulu

;)


on the way ke dewan makan, kebetulan adik-adik baru selesai inspection mingguan. Peraturan baru- hari Sabtu, wajib pakai baju outing untuk ke prep, walau tak outing. Nasib baik la korang dah tak payah pakai tudung siput yang nyellar tu neh!


Ingatkan Put Dut and the gang masih survive di DM tapi rupa-rupanya tinggal Mak Yah ni sorang saja. Serving the SCIPPIANS for almost 10 years. Jadinya, rakan-rakan janganlah frust kerana tiada gambar Pokku mahupun Taming. Apatah lagi Pokbuh. Aaa gapo Jue? Gummy Bear dan bulu ketiak di kuih lapis? Eeee jangan harap!

mak yah in action

Bersembang agak lama. Dari sembangan gosip inilah dapat tau yang menu sudah berubah. Kalau dulu 2 set menu untuk 2 minggu, sekarang 4 set menu untuk sebulan. Dalam erti kata lain, susah la nak hafal hari yang makan nasi minyak! Kehkehkeh


apple for breakfast wehh!

tong yang jadi rebutan ramai

TAPI TAPI TAPI! tak perlu hafal kot bila makanan sedap akan dihidangkan sebab menu setiap hari memang gila-gila punya hebat. Siap ada daging black-pepper, supper ada roti jala, ada koko crunch + susu marigold kotak, breakfast setiap hari cukup lengkap dengan air kotak dan buah-buahan, buah untuk lunch & dinner pulak bersaiz 3 kali ganda besar dari zaman kita dedulu.Kalau dulu tembikai curi-curi ambil 3 slices, kali ni ambil sehiris pun dah lebih dari memadai. Banyak lagi lah yang sedap-sedap. Tapi still; ada yang complain makanan tak sedap. Adatlah kot budak-budak asrama..


KP pertama pun ada. long live kak nani!

the AJKs

first time pakai bilik mesyuarat guru

saya & 'mulberi'

princess foyer.
tak aci laa budak-budak ni ada banyak tempat study best-best.
paling best segroup bawah pokok di belakang sana


"sape last? after k.."

jalan ke kantin


Ingat lagi Ayamurni?
Mutiara? Ingat?
Haa lepas meeting tu, kami bergerak ke pekan Pasir Puteh, mencari khurasan la khununnya. Tapi takdok. Sempat masuk Mutiara, cari tidbits tapi packaging nampak kurang selamat, maka tak beli. Beli aiskrim cone dan Ayamurni bersebelahan tu. Tapi Ayamurni dah tak kick la..

Petang sepatutnya buat mural tapi hari macam nak hujan, jadi buat simple je lah untuk tanda penghargaan. Dan pertandingan basketball antara pelajar & alumni pun kena cancel.





Petang ni jugak ramai yang dah start balik sebab Ahad dah kerja. Masa ni memang sayu. Dengan redup-redup, angin sepoi-sepoi bahasa,nak hantar kawan ke kereta pun rasa .. sayu yang sangat pelik. Padahal baru semalaman je tidur + sembang beramai-ramai.. tapi memang sedih ah. Tahap sedih macam hari last SPM.


berangkat pulang. sedih woo


petang, ponteng program ngan Monk & Kak Obi. Ada lagi la perangai ponteng. Padahal bukankah tujuan ke SCIPP untuk memotivasikan adik-adik?! Sori ah, hujan membantut pergerakan kohkohkoh

dan supper malam ni, makan koko crunch + marigold full cream!
bersambung.

15 comments:

BURDHANI said...

oloh, lame dok jupe. ni umi kalsom kan? bakpe panggil kak obi?

mmg tak dinafikan, umi ckp lambat-lambat dan lemah gamalai dan ayat mkn dlm..tetibe trngt zmn muda-muda..hikhik

Hawa CMS said...

oyeh!
saye mmg merindui kak obi
hahahha~
ila2
rsnye kite due ke kot panggil die kak obi!
kahkahkah!

Hawa CMS said...

owh qiamulail
yaAllah rindunye suasana itu
dulu kemain liat tp siyes saye rindu...

sobsob~

ila ni said...

aja & awa;

x ingat doh bakpo buleh terpanggil dio kak obi. sero sebab dio tersasul nak sebut namo sediri umi kot :P

Hawa CMS said...

holoh
ila xingat ke bakpo kite panggil die kak obi?
rsnye sbb yg sakaratulmauuuuuttt tu hok kite sokmo dgr kat musalla tu kan?
kan ke karakter lam cerita tu nama die obi
entah lah kenama kak obi yg terpilih utk dipanggil 'obi'
hahahaha~
the good old days!

n.A.d.!.a.H said...

bez la environment sekolah ila...nyaman jer ngn pokok2 besar tuh...cntekkkkkkkkkkk!!

Fefey said...

wey, xleh blah lah! supper dengan koko crunch & marigold !
aku dolu..makan biskut kering dgn milo je..tu pun berebut. sungguh tak aci kerajaan m'sia @#$%^7!

yaNi said...

dah buleh jd mok dara belako doh budak2 ni..

ila ni said...

hawa:
HA'AAA LAH!!!
hahahha baru ingat! karakter tersebut bernama obi! hahah lucu2..

kak na:
loni jah baru berimej pokok2 hijau ni, dulu kering kote xdok pokok besar lagi.

fifi:
sungguh fie, zaman kito, susu pun cair spo air kosong.

yani:
sangat! nak nak ros azian hahhaha

gnee said...

hahhahhaha...best gok bace blog mu la...ramai dih g reunion..hehhee...

ila ni said...

woh gnee??! wahhh terharunyo gnee baco blog aku!

Rashidah said...

baru terbaca post ni slpas 2thn..hehe,ramai dah batch kito nikoh loni,ila bilo lagii..hehehe

ila ni said...

wohh shhidah nural anuar ko ni? hoho welcome!
uih.. ila? lek-lek dlu hohoh

eira eixora said...

saya pun br terbaca. gambar saya pon ado. ms ni kurus sket, skrg da gedebok..

ila ni said...

anis gak ehh bilo masonyo dio gedebok nyo, biaso jah napok kikiki sokmo kito ore tino ni gitu deih?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...