Siri memori panjang lagi : BARAKAH?



Sedap gilas biskut cornflakes nih..nak beli kuih raya lagi lah kalau gaji dah masuk petang ni mueheehhe selamat hari raya.

Masa reunion, ada adik-adik approach kat musolla, tanya result SPM. Herk! Dah hagakk mesti ada yang akan tanya tips semua ni. Nasib baik result tak teruk sangat hohoh maka bolehla goreng cara study dedulu kala.

Memandangkan generasi SCIPP masa kini macam dah kurang ambil berat akan hal-hal seperti pengimarahan musolla, al-mathurat dan sebagainya ni, maka saya dengan enaknya menggoreng kisah saya sewaktu SPM dulu. Tentang macam mana saya boleh tersedar akan suntuknya masa untuk SPM.

Suatu petang, saya terjaga dari tidur prep (yang lena macam biasa), tengok sekeliling semua orang dah bergegas balik. Yang tinggal hanyalah Ilyani si pelajar terbaik yang tengah kemas buku Bio, Juliana dan Izzati si pengawas yang rajin, pun sedang mengemas buku Bio sebagai bekalan di asrama. Kenapa semua orang baca Bio ni? Saya gabra. Tak tau kenapa tiba-tiba gabra. Dah sampai seru kot.

Saya tanya Yani;

“ Yani dah cover sampai bab berapa?” nada kelam kabut sikit.
“sikit je Mcla. Baru bab 3 form five” tu diaaa best student kita! ‘sikit’. Untuk sedapkan hati saya kot, Yani? Hee (bukan dulu ada 4 bab je ke Bio Form 5?)

“rilek mcla, jangan kalut. Sempatnya” kata Yani bila nampak muka resah-yang-amat.

Saya pandang kanan. Tanya Ju & Zaty la pulak;

“dah banyak baca Bio?”

yang pasti, semua orang dah start cover bab form 5. haku?? Bab form 4 banyak lagi tak cover, tu pun main baca je, tak ingat satu apa pun. Tu baru Bio. Sejarah jangan harap. Langsung tak baca. Trial lagi seminggu lebih kot. Mati,mati..

Dan di sinilah saya sangat bersyukur dikurniakan kawan-kawan yang sangat baik dan bijak.

Petang tu jugak, Ju selaku rakan yang bertanggungjawab, telah menenangkan saya yang macam budak sekolah tipikal yang nak menangis sebab takde air nak mandi.

“rilek, rilek. Meh aku explain bab satu ni nak tak?” sanggup tu duduk dan bukak buku tu balik semata-mata nak ajar saya. Lagi pun dia baru cover bab tu dan dalam usaha nak ingat dalam otak, sebab tu kena explain kat orang lain. Kasi mudah ingat. Tu teknik kitorang belajar dulu.

Dan bermulalah sebuah study group yang saya sangat hargai. Zaty pun join sekali. Kami bertiga. Masa tu ada sedikit kejanggalan yang berlaku in between saya-ju dengan hawa-yus hahahaha. Bodohnya zaman dulu.

Setiap hari, setiap kali ada masa terluang, bersoal-jawab la kami bertiga. Kadang-kadang discussion kitorang mampu menarik perhatian hampir seluruh kelas. Yuyu, Ieda, Bob, McT,Yani.. memang rasa secure habis, takde kemusykilan sebab mereka itu golongan top 10 form five. Nota-nota kecik bertukar tangan dan buku-buku saya pun mula lah nak terkoyak sana-sini. Rajin habislah konon. Lebu. Tu belum masuk bab kaki tempang sebab jatuh pagar...

Dan saya lebih bersyukur sebab bukan setakat study bersungguh-sungguh, tapi dengan suasana yang sekolah wujudkan, solat hajat dan solat jemaah memang jadi rutin harian. Bawah meja memang ada al-mathurat & tasbih. Masa rehat tak rehat tapi gi buat solat dhuha. Memang masa tu kehidupan rasa sangat teratur dan tenang. Semua orang pun macam tu. Hubungan dengan Allah seboleh-bolehnya dijaga elok. Pesan cikgu Mat Geog, berkat itu penting. Walau sepandai mana kita, kalau tiada keberkatan daripadaNya, memang takkan ke mana. Dan walau kita tak pandai sangat, tapi kalau keberkatan itu ada, inshaAllah berjaya.

Dan ianya terbukti. Alhamdulillah.

Saya rasa SPM lah kemuncak kejayaan saya.
Sebab tahun-tahun selepas itu, result makin teruk. Matrik pun agak menurun. Nak buat macam mana, solat hajat ikut mood. Time rajin, buat. Kalau malas tak buat. Study memang masih rajin time tu tapi tak serius sangat. Sebab takde study group. Study group kat matrik mesti jadinya menyimpang ke cerita-cerita lain ;)

Masuk UPM laaagi lah. Solat hajat memang jarang sekali buat. Takut nak duduk lama-lama kat surau fakulti heheheh alasan :p. Al-quran pun jarang sekali baca. Memang patutlah kan terlebih setahun. Tapi UPM ni memang takde harapan nak study, takde masa melainkan malam exam *konon busy gila*

Dan sampai sekarang, belum berjaya mendidik diri supaya kembali seperti sewaktu Form 5 dulu. Subuh tergajah lah, terbabas lah. ~ rindu ah zaman dedolu!

Dengan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam mencapai kejayaan sehingga ke hari ini. Kawan zaman sekolah terutamanya; juliana, hawa, yuslailli, shazleen, elida (dia ini paling banyak mempengaruhi dunia akademik saya masa form 2, tq!) dan semua rakan-rakan yang mewujudkan persekitaran yang best sepanjang 5 tahun di sana. merci beaucoup

6 comments:

elida hanan. said...

ah menyayat hati sungguh la mcla.

its nothing but 100% true. mung telah memberi kesedaran balik ko aku!

yaNi said...

Mantap sungguh memori ila.. Cerita bertahun macam ni pun masih boleh ingat..

Yani setuju dengan ila. dulu kat sekolah, hati tenang je.

Anonymous said...

betul la mcla..memey membe2 byk main peranan..
loni kat u jadi lain doh..membe pom bkn nk tulong, ada notes pakak2 susuk blako..kito plop jenih hok lagho..
raso2 supo jaman studi form5 lebih stabil n penuh dedikasi drp jaman u..

-Yana-

ila ni said...

elida:
mari mari kita sedarkan diri yg makin alpa ni.
btw, aku serius ni, terhutang budi sgt2 dgn mg yg drag aku menjadi seorang yang 'rajin sikit' time2 ado exam ;)

yani:
ni je scene yang paling mcla ingat sebab ni titik tolak perubahan terbesar dlm hidup mcla..

yana:
setuju. sangat setuju!

zHafHarIna said...

sedihh..ssh nak cari sahabat mcm kt skolah dulu..

ila ni said...

sangat lah zha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...