11.14pm

tadi tengok Buletin Utama, ada satu scene dia tunjuk sorang budak perempuan yang dapat 5A berlari dapatkan ayahnya yang waktu itu sedang bersawah, dalam lumpur tu, dan babak paling haru (kata mcpa lah, sebab saya sendirinya dah menyembunyikan diri taknak tengok) ;- bila sang ayah peluk anak dia. wooo haku time tu dah meraung kat tempat lain dah, haru! susah la jenis yang oversensitip neh..

tahniah kak ati; si cucu sulung dalam keluarga; 5A, Pelajar Terbaik Sahsiah dan Cemerlang Bahasa Melayu! gilak ah, kak! tabik spring dari ciksu dan anak-anak ;p

esok jumaat lagi.

duit dah kering lepas tukar tayar 4-4 sekaligus. hajat sebenar nak tukar 2 tayar + service je, sekali dek kesilapahamn sang abang ipar, ditukarnya 4-4 tayar. dah tak cukup untuk service. Takpe ah, nasib baik ada dia, kalau harapkan saya, sah-sah kena tipu dah bab-bab nih. ni yang rasa nak berpakwekan mekanik ni. takpun, tokey mekanik. ok, tokey. up sikit.

ahha, esok jumaat lagi ni, nak cakapnya, duit kering, tak tau nak makan apa esok. sedih gile sampai tahap kena pikir nak makan apa! takpe-takpe, bertahan. moga-moga berkat doa Ma, rezekiku makin bertambah.

Agak-agak macam mana rezeki nak bertambah aa? kebaya dah tutup kedai buat masa sekarang. so cemano ni cemano? maybe bakal dapat kerja baru yang lebih best? wii~ doakan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...