1.50 a.m

masih tak tidur. padahal esok nak drive jauh ni. konon nak siapkan kerja dan emailkan kat officemate esok pagi, tapi dah namanya ada internet, mana boleh jalan kerja! huh lagikan nak suruh saya berlaki, wihhii~ silap timing la kakak. belajar dan berkahwin tidak boleh serentak di dalam oxford dictionary ilani.

raya hambar. tapi ni raya first time saya berjalan kaki ke surau bersama ma & ayah. Lengkap, diulangi, bersama MA & AYAH. selalunya, geng lelaki gi solat raya sama-sama. diorang gerak dulu sebab geng perempuan sampai saat akhir pun duk siapkan juadah lagi. Jadinya selalu je lah pergi solat raya dengan ma dan kakak-kakak. tak pernah lagi jalan dengan ayah di pagi raya. Yeah, alhamdulillah untuk perkara tersebut. Rasa macam happy family, macam anak tunggal. Tapi ada cucu. Spoil lah kak Ati ni! ;p

tau tak dulu masa kecik-kecik, tiap kali saya tau kakak-kakak dan abang-abang nak balik bercuti kat rumah, semangat la saya ni siapkan bilik, kemas rumah. Khas untuk menyambut kepulangan mereka. Tapi sekarang, saya balik rumah, saya yang kena setup tempat tidur sendiri kat depan TV. Cari tempat sendiri nak letak barang-barang sebab taknak kena usik kat anak-anak buah. Kena bersabar tiap-tiap kali tuala hilang (dah masuk dalam washing machine) sebab orang lain ingat tu tuala yang orang dah tak pakai sebab duk luar dari bilik tidur. pendek kata, kena pandai-pandai muatkan diri dan barang-barang. tak welcoming langsung. *isu anak bongsu yang gila perhatian*

dah ah, nak gi tidur rumah mentua la gini.
sedih ah esok dah nak kena pulang ke ibu kota yang kering kusam kotor berhabuk itu..


... tulang belakang rasa macam ketat lepas sesi pijak-pijak belakang. ni yang nak makcik Daun Pisang nih

2 comments:

Anonymous said...

kalau nak bilik istimewa jadi anak pertama. jadi anak bongsu rugi ma ayah sudah tua.. hehehehe..

drpd: MA

ila ni said...

HEH?? MA???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...