book sale.

4 november till 18 november kot? kat ampang point.

baik cepat bagi siapa-siapa yang suka membaca. ada banyak lagi buku-buku menarik tadi. harga sangatlah tangkap leleh; RM10 untuk semua novel English. Novel yang bukan ceria-meria yang macam Shopaholics ye adik-adik. Yang stok-stok novel The Day After Tomorrow semua tu ada berlambak la. Ada Ian Banks yang pastinya. Khaled Hosseini tak nampak la pulak. Baru ingat nak beli Kite Runner untuk ibunda kesayang, kasi tangkap leleh tiap-tiap hari bila dia baca buku tu. Tapi tu lah, niat nak suruh ibunda menangis tu agak jahat kot maka takde buku tu haih~ rugi, Ma rugi...

untuk buku-buku berat macam buku teks rujukan semua tu; RM20. Ada buku tajuk The People's Home? tu sangat menarik perhatian sebab sinopsis dia tu macam yang Dr. Azizah selalu duk bangkitkan masa kelas sosio dulu. magazine architecture D+A semua tu lebih kurang RM14. majalah hiburan lama-lama tak tau pulak berapa, lupa nak jengukkan harga. buku kanak-kanak RM1 - RM4. magazine National Geographic RM5 dan dan.. lupa. tu je ah sikit-sebanyaknya. Pergi! jangan tak pergi! bersungguh ni sampai-sampai rumah terus promote.

2 comments:

aAn said...

Shopaholics & adek beradek rm10?interesting....bole buat bacaan time membawe student bertrip..

ila ni said...

eh silap paham ni. BUKAN jenis shopaholics punya yg dijual tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...