lega tak lega

lega, dah selamat transfer duit untuk Ma. delayed berapa lama tu ha, dari bulan 8. macam-macam hal sampai gaji bulan 10 baru boleh bagi.

tu dah lega. yang ni ni ha ape cerita ni magazine fakulti ni? haih~ ingatkan dah tamat sesi nightmare zaman studio. skali ada lagi laa... tak tau apa perasaan. happy + terkejut ada jugak tapi lebih banyak perasaan malu kot. kalau boleh, sebelum magazine diedarkan, nak gi ambil semua magazine yang ada dan koyak section yang ada hasil kerja saya tu. malu oi. kalau kerja gempak ok lah jugak, ni rasanya tak pernah gempak kot sepanjang duk FRSB tu...? malu.

owh esok jumaat. nak gi mana yeh tengah hari. gi JJ Setia Wangsa la, ada Happy Hour, suasana bising bagak macam dalam cerita Sin Chan yang babak ibunya ke shopping complex berebut barang masa sale gila-gila tu. bising gile! tak caya, pegi sendirik sana.

lunch? hurmm budak-budak trainee cakap nak makan chicken chop esok, tapi .. macam nak jimat. sebab every jumaat je lunch dekat RM20. dengan RM20 tu boleh support lunch kat kedai makan sebelah ofis selama seminggu. Tengoklah macam mana esok.

2 comments:

inot said...

hebat ila...
tahniah!!!!!
pasni mesti bertambah bersemangat nak jadi arkitek....
moga berjaya!!!

ila ni said...

er..tq?
aa serius malu. nasib bdk2 batch kite takkan dpt magazine tu hahahah buat malu je kalau org tgk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...