macam mana nak jual mahal kalau takde yang nak beli?

dulu kan masa mula-mula masuk UPM, yang time bajet malu-malu lagi nak sembang hebat dengan budak-budak laki studio, time dua puak lelaki-perempuan duk jarak-jarak macam naik kereta api tu, ada la saya terdengar satu gossip ni. Gossip dari budak laki.

gossip nya ialah, 'Mari Mengkategorikan Budak Perempuan Mengikut Status'.

ceh, tak tau la keje sape yang bosan sangat sampai tertimbulnya topik tu. Dan rasanya banyak lagi kot seperti Siapa Yang Kao Nak Kalau Takde Perempuan Lain Atas Bumi Ni Melainkan Budak Studio Kita. Stok-stok soalan perangkap paparazzi. OK, maka, pilihan status yang ada tadi ialah;

1. Dah Couple
2. Takde Pakwe
3. Status Tidak Diketahui

Rasanya masa ni diorang main agak je kot, sebab tak banyak berkongsi kisah lagi antara boys & girls dalam studio. Alaa awal-awal kenal, kena la buat malu-malu sikit ;p. Haih kalau cakap bab awal-awal kenal, memang lucu ah. Saya; seperti biasa, first impression mereka, SOPAN! babababbaba hamek kao lepas sebulan kenal... hah!

ok back to kategori tersebut. Budak perempuan studio ada 10 orang semuanya. jadi di mana lokasi nama saya ketika itu? haruslah no.3! Saya & Ain no. 3. Hah kan susah nak predict pasal aku nehh hahahha

Pastu tadi, masa lunch, ada budak trainee baru ni pun teka-teka la status kitorang berempat. Dan status saya? hi-hi-hi ni suka ni!

" ila.. erm, takde couple. kan?"

sangatlah takde, bijak, bijak!

"sebab ila ni nampak macam jenis pemalu sikit. Jual mahal la kot?"

HOHOHOHOHOOHOHOHOHOOHHOOHOHOHOHOOHOHOH aku pemalu, dunia! Aku pemalu! Kan dah cakap, saya memang pemalu. Menang!

3 comments:

n.A.d.!.A.h said...

oh. gitu ek?

abis mc nor lokasi mana lak?

:)

ila ni said...

er.. x tau gok, x ingat hahhahaha kategori kapel kot

MATAHARI said...

hahaha. ada jodoh nanti, adalah nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...