asal malam sahaja, pasti gatal tangan

Saya sukakan How To Win Friends And Influence People berbanding Men Are From Mars, Women Are From Venus. Mungkin buku John Gray tu tiada kepentingan dalam hidup lagi kot. Nak baca buku How To Win Friends tu? Saya ada softcopy. Amek dari Tun. warghhwargh entah Tun tau ke tidak saya amek ;p

Ahha gayanya malam ini saya akan tidur awal dari pukul 1.30 pagi. Baguslah. Tidak perlulah saya membazir duit membeli kopi di Shell tersebut. Kalau teh boleh hilangkan mengantuk, kan bagus? Baiklah. Saya mahu mempersiapkan diri.

Tapi Nur Kasih final episode belum tengok.
Takpe, kemudian sajalah.


Hujung minggu ini saya ingin membawa diri ke rumah Wan Norzehan dan Nurul Ain Ahmad. Ini kerana keluarga Abe Rizal akan datang bermalam di sini. Eloklah kiranya saya menjauhkan diri, memberi ruang kepada beliau sekeluarga menikmati masa bersama ahli keluarga mereka.

Akhir-akhir ini terasa seperti enak pula menggunakan ayat Bahasa Melayu yang lengkap walau tunggang terbalik. Mungkin kesan daripada menggunakan tulisan Arial dan Justify. Seolah-olah membuat report Masyarakat Dan Perubahan .

Tiba-tiba rindukan PK 1.




"tapi malangnya, . . ."

4 comments:

Hawa CMS said...

oh this is so unfair! why when u are writing in english u never remember our beloved english teacher??

"when i was in new zealand..."

ps: rindu tak membuat karangan bahasa melayu yang minimal 1000 patah perkataan?

Fefey said...

anda ingin membeli ori dvd Nur kasih..saya ada harga staff ^.^

tun teja said...

saya menyedari anda ambil softcopy itu...sy kan pengedar yg berjaya..

inot said...

rumah mereka sudah menjadi rumah saya juga...
hahaha...
ayat skema memang sedap untuk ditulis...
saya suka juga berbuat demikian rupa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...