cukup benda-benda ni, kehidupanmu di asrama akan tenang.

Khas untuk anak dara yang bakal masuk asrama. Inilah list yang ditunggu-tunggu. Peringatan:
- list ini HANYA untuk anak dara.
- list ini sesuai untuk asrama jarak dekat yang jenis mak ayah akan datang every week.

Baik. Mari kita mula senaraikan barang-barang yang perlu dibawa. List ini disusun mengikut kegunaan bermula seawal pagi hingga tengah malam.


1. Baldi & Gayung
- untuk merendam baju.
- sebagai persediaan mengalami krisis air. hostel, mesti akan ada krisis air nye lah. percayalah.


2. Berus & Sabun Basuh
- standard budak hostel pakai sabun buku je, macam Fab. tapi tak payahlah, kak. Sejajar dengan arus kemodenan negara, kita pakai je sabun liquid okeh. Senang nak rendam baju, sental baju pun tahap-tahap rilek je, tak yah bersungguh sangat nanti.
- berus tu, beli separa keras. Jangan terlalu lembut atau terlalu keras, nanti kotoran susah nak hilang


3. Pengepit Baju
- beli banyak sikit. Baru fikiran tenang sewaktu berada di dalam kelas.



4. Hanger








- khusus untuk memenangi Pertandingan Loker Paling Kemas setiap bulan
- untuk jemur baju kalau space tak cukup especially hari Jumaat pagi
- untuk menggantung pakaian kitar semula seperti baju tidur.


5. Sebuah raga / bakul
* hanya sesuai untuk dorm yang mempunyai stor*
- untuk melonggok baju busuk sebelum tiba hari pembasuhan
- untuk mengangkat kain di jemuran
- status keperluan: tak berapa penting. sebab dah ada baldi


6. Toiletries
- shampoo. Beli saiz sederhana, boleh muat dalam raga.
- shower gel. pun saiz sederhana,
- ubat gigi. Beli yang paling besar
- berus gigi. Mengikut kebesaran gigi
namun demikian, saiz-saiz tersebut bergantung pada budi bicara ibubapa anda yang Ciksu amat pasti, mesti nak beli yang besar sebab lagi jimat .


7. Raga untuk toiletries
- saiz mengikut saiz alatan mandian yang dibeli
- berlubang-lubang bahagian bawah agar air tak bertakung
- yang boleh disangkut di kepala paip lagi bagus. Senang untuk mandian di shower room. kalau isi kandungan berat, jangan sangkut, patah kepala paip karang. Serius ni.


8. Selipar Toilet
- yang tebal. Untuk meredah mana-mana toilet / shower yang tersumbat & bertakung (kalau terlewat bangun, memang no choice beb, takleh memilih, REDAH!)
- empuk juga penting, agar air tak terpercik ke betis setiap kali ter-melangkah di tompok-tompok air. Dilarang beli selipar jepun biru-putih yang tapak keras tu. NO!


JANGAN!








9. Kain Basahan

- saat darurat, mandi saja di bilik basuh bersama rakan-rakan. Atau sekolah mungkin memang mewajibkan mandi berkemban seperti SCIPP 2001. Wallahualam.


10. Pembalut Hadiah mengikut citarasa + Cellotape + Old Newspaper
- untuk bungkus loker demi memenangi anugerah Loker Paling Kemas yang diwar-warkan sebentar tadi
- beli la dalam 4 keping atau lebih kertas lawa tu. Sekali setahun je.


11. Sikat


12. Cermin Muka
- jenis yang ada stand lagi senang nak menilik dalam loker tu.














13. Deodoran & Bedak Talkum
- status : PENTING.
- biasa form 1, form 2 adalah masa untuk berjinak-jinak dengan pemakaian cologne sebelum ke prep petang. Hah, beli.


14. Brooch kecik-kecik


15. Pin Tudung.
-perlu jika sekolah jenis mewajibkan pakai pin


16. Anak tudung / teghebuh
- tiga atau empat helai sudah memadai jika anda rajin mencuci baju


17. Singlet + Kain Dalam
- hint : singlet cepat busuk.


18. Handkerchief
- untuk dibawa ke sekolah setiap hari, dalam poket. sayangi bumi, elakkan penggunaan tisu.
- untuk lap air mata setiap kali call family.
- tak pun tuala kecik, sangat perlu esp.time Kejohanan Olahraga Tahunan dan Marathon.


19. Purse.
- kecik sudohh.


20. Botol Air
- saiz besar. Stok-stok botol hijau Ciksu.
- status keperluan : SANGAT PERLU
- biasa budak hostel akan cepat mengantuk dalam kelas. Kalau mengantuk, teguk air. Ngantuk, teguk. Okeh?












21. Pengetip Kuku


22. Pads.
- status keperluan : SANGAT PERLU walau anda belum didatangi lembaga itu.


23. Kasut
- (i) kasut sukan
- (ii) sandal; untuk kegunaan diluar waktu sekolah. Dan prep. Sila refer buku peraturan sekolah untuk jenis-jenis sandal yang dibenarkan.
- (iii) kasut sekolah
- (iv) selipar toilet; yang diwarkan-warkan tebal etc. sebentar tadi


24. Pakaian sukan
- biasanya ‘riadah’ setiap petang Ahad hingga Khamis, jadi kira sendiri berapa set yang diperlukan. Kalau rajin basuh baju (dan mungkin malas nak tukar everyday) – 2 helai tracksuit sudah memadai keh keh keh
- itu SBP. Kalau Amalin ni tak tau ada ke tak aktiviti riadah. Biasa asrama sekolah harian, tiada riadah. Sila check buku sekolah anda sebelum membeli pakaian sukan.


25. Baju Kurung
- mempunyai poket merupakan satu kelebihan


26. Kain Sarong
- 2 helai
- satu untuk buat mandi tadi tu
- satu lagi untuk lapik tidur tatkala waktu itu menjelma setiap bulan, sebagai langkah berjaga-jaga. Sebab kalau terkena cadar bila bangun pagi tu, confirm tak sempat nak cuci cadar tu. Biasanya, waktu itu, memang sah akan bangun lewat dekat-dekat nak inspection nye. Lapik tempat tidur!


27. Jarum & Benang warna basic
- status keperluan : perlu tatkala emergency sahaja, bukan untuk kelas Kemahiran Hidup ERT yang jahit apron tu. Bab jahit apron, tempah dari Tokma sudohhh ;D


28. Jam Loceng












-SETTLE!

Okeh itu saja. Benda-benda basic macam tuala, selimut, cadar, telekung+sejadah, tudung prep, anak-anak, stoking dan baju sekolah semua tu, atas perkiraan sendiri lah ye. Biasanya set baju sekolah, ada 3 set pun dah lebih dari memadai sebab di asrama, kami pakai sepasang untuk 2 hari! Waahaha biasa-biasakanlah, Kak Ti.




P/S: stok makanan juga penting.

7 comments:

efa fairuz said...

part kain sarung wat lapik tilam tu mmg paling ingat..dan ermm, meREDAH bilik air time lewat bangun pagi..pun ingat juge..err..bukan semua ke yang paling ingat? hehehe..

seronok juge sekali sekale mengimbau kenangan lame..hihi..

yaNi said...

nostalgia habis baca entry ni.. teringat zaman form 1 yang taktau apa2..

ila ni said...

sangatlah seronok mengimbau kenangan, sampai part ketandusan air pun jadi raso bes walhal perit nak mati time tu ;p

betul yani betul. nasib lah pioneer kito sangat kekakakkan semuanya

nurullyhfzh said...

Alhamdulillah, membantu saya! Thank you sis!

Mayang said...

Thanks, :D . dah buntu nak bawak apa gi asrama nanti .

Anonymous said...

Terima kasih banyak harap nanti boleh tunjuk macam mana nak susun loker supaya kemas

Anonymous said...

Terima kasih harap dapat bagitahu macam mana nak susun loker supaya kemas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...