dah lama try nak jadi matang

*updated mengenai matang di entri ini. bahagian serius*

Tahun baru, ada satu je azam yang terlintas.


NAK JADI LEBIH MATANG DARI SEMUA SEGI.

Tapi, saya kan bulat orangnya, mana ada segi. Baiklah, nak jadi matang dari semua PERMUKAAN. okeh, better.

Saya dah plan, kalau nak jadi matang, kena kurangkan gelak ketawa. Er..maksud matang saya ni, lebih kepada bersopan lah, ikut adab-adab seorang wanita yang seharusnyalah. Ok, kurangkan gelak. Lagi, kalau nak menulis di blog pun, tulis gaya skema sikit, tiada bau-bau gedik. Itu pun KALAU nak menulislah, sebab saya rasa macam dah nak kurangkan aktiviti dalam alam maya ni. Siap boleh terfikir nak delete facebook walau facebook sangat banyak berjasa dalam merapatkan apa-apa yang tak rapat *wink wink* (ah! itu ada gaya gedik berwink-wink tu, kensel!)Kita ulang. Siap boleh terfikir nak delete facebook walau facebook sangat banyak berjasa dalam merapatkan apa-apa yang tak rapat NOKTAH

Tapi macam tak jadi nak delete sebab kak Iham dan Kak Ati mula menyertai facebook dan saya lihat ini sebagai progress yang bagus memandangkan keluarga Cheras sudah berada di Klate, jadi ini saja network yang baik untuk mendekatkan kami anak beranak.

Dan untuk menjadi matang juga, saya haruslah berhenti menghebahkan pada orang ramai setiap wajah hensem yang saya temui. Wani, next year, ila jumpa orang hensem, ila usya sorang-sorang je lah ;p

NAMUN! sekarang masih belum 2010. Jadi saya nak bagitau,

"Kao tau! tadi aku jumpa mamat hensem dalam lift! aku syak tingkat 12 & 14 banyak menyimpan umat hensem-hensem, kao!! Hah tadi aku jumpa ni, mamat tu muka yang macam berlakon Gossip Girl tu, kao!!"

Bahahahha vongok. Padahal selama ni tak pernah iktiraf Chuck Bass tu sebagai manusia hensem. Tapi bila jumpa live, memang nampak kehenseman. Hamekk, 'jumpa live' ayat diberi.

memang sejibik. dah la cover-cover muka dengan hoodie,
speaking pulak dengan pakcik tu. hah memang sah die! ;p


ok ah, next year, janji takkan jadi se-psiko ini lagi dah. Dah nak masuk 24. Resipi ikan bakar pun belum hafal. Senyum pun belum tutup mulut. Berkelip pun masih di tahap laju. Jalan pun belum lemah-gemalai. Haih banyaknya tugasan.

Ok, semoga tahun 2010 membawa lebih banyak keberkatan dan kegembiraan dan kesenangan hidup dan .... banyak kenangan.




Bye.
-yang hampir matang-

9 comments:

Helang Hijau said...

semoga menjadi matang... hahahaha

oit, aku dah update blog aku.. siap tukar2 lg.. juga usaha nk jd matang.. hahaha

anOOan said...

bangunan tempat ko bekerje menyimpan umat2 kacak?aku mahu ke sane melawat2 'ko' bole..?

Mopiko said...

memang tak la ilani

wan nadiah said...

uhuk!!

macam susah je nak jadi matang ni..erkk!!

Nanie montel sket said...

saya taknak jd matang lagi. hahaha

yaNi said...

tertanya-tanya juga, apakah maksud sebenarnya matang?

Sebab kadang-kadang, yani rasa ada kawan2 tu matang je dari segi cara fikir, tapi time dia datang sengal, haih, kalah budak2.

ila ni said...

zaki:
insyaAllah men-jadi! hahaha

anooan:
sila la dtg melawat, bukan opis la, tapi habitat ku.

mopiko:
terus hancur luluh hancur berkecai cita-cita ;( hahahah tengok la nati fie, ayu raudhah hok control tu ponn kalah nati akan kelembutan & keayuan asli ila HAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAH
*suko dderah sblm masuk 2010*

kak na:
sangat la susoh kot.. byk kriteria yg perlu diambil kira.

nani:
u better not. awak lagi sesuai tak mecet sebegitu hahahah


yani:
senang kira, matang = ilani ;)

anOOan said...

habitat heh..meh bagi alamat...la ni gak aku gerak..wink wink

ila ni said...

b4-02, chancellor condo, tmn kosas, ampang. sila2!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...