kali pertama diberi kepercayaan

hari ini saya telah menjelajah Malaysia. separuh daripada Malaysia.
saya bertolak dari rumah pada pukul 12 tengah hari dengan niat untuk pulang melalui jalan Gua Musang, sebaliknya, kakak saya memberitahu saya jalan Gua Musang mengalami kesesakan yang melampau tahap tak bergerak, jadi, saya mengubah fikiran serta-merta lantas memilih jalan Gerik untuk ke Kuala Lumpur.

Segalanya lancar.
Tiada lori balak dan pemandu-pemandu lain juga sangat berhemah. Namun, setibanya di junction Kuala Kangsar, dek terlalu lapar, nafsu makan mengatasi segalanya, saya telah terbuta sebentar dan mengambil jalan yang salah lantas terus membawa diri ke Baling, Kulim dan Butterworth. Pada mulanya, gabra. Ye gabra sebab minyak half-tank. Kawasan itu pula sangat terpencil. Tiada sebarang tanda-tanda wujudnya stesen minyak.

Namun, selepas beberapa marhalah, kami bertemu dengan teman sejati; Shell. Bermula dari situ, hidup saya rilek. Redha orang cakap dengan setiap ketentuan. Saya tengok papan tanda;

'Kuala Lumpur 367km'.

Agak hancur berkecai hati saya. Jadi, saya berazam untuk membawa 367km/jam supaya saya sampai ke rumah dalam masa sejam. Walaubagaimanapun, kewujudan zon perangkap had laju membataskan segalanya. hanya 110km/jam yang dibenarkan. Jadi saya kekal dalam kelajuan tersebut supaya perjalanan hanya memakan masa 3 jam lebih. Tambahan pula, meter kelajuan di kereta saya tiada angka367 tersebut.

9 jam memandu lalu saya pun bosan. Saya tukar pemandu dan terus tidur.

Bila saya bangun, saya sudah pun berada di Tol Plaza Jalan Duta dan angka yang tertera ialah rm 38.90. menjadikan jumlah perjalanan hari ini ialah;

minyak dari rumah ke Kulim = RM 33
minyak dari Kulim ke KL = RM 38
tol = RM 1.60 + RM 1.60 + RM 38.90

mentotalkan : RM 113.10 dan bahagi pula dua;

WAUU!! umpama tambang bas ke KB, sehala. sebab kos pulang hari Khamis hari tu kita tak kira tau, sebab kak Ju yang support semua ;)


Konklusi; walau tersasar jauh, masih lagi untung berbanding pulang dengan menaiki public transport.

4 comments:

aNeA_hAyATi said...

hehee..syabas ilani sbb slamat smpai..:)
nk msuk bndr kb pOn cam nk g ganung jauhnyer sbb jem.. huhuu.. klantan ni kne lg besar la rasenye..x muat penduduk!!

penat naik kete x cm penat naik bas..setuju jugak utk cOmpare n cOntrast public transpOrt vs kete.hee..naik kete anytime ley stOp klu penat..

Helang Hijau said...

keret ape ko pkai? gile save minyak..

ila ni said...

zaki:
takdela semurah tu, tu utk perjalanan balik ke KL je, tak termasuk minyak yang dah sedia ada dlm tangki. aku naik bugatti. ;p

anea:

hoho trima kaseyy

stuju2! penuh sesak.

fzah ruslan said...

naek bus KL-KB 50hengget skrg?? wow! melampao!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...