maaf

macam senang nak cakap kan.
nak memaafkan pun senang je. tapi bab nak melupakan hal yang terjadi tu yang payah.

macam saya, dah banyak kali mengalami kejadian yang agak sukar nak maafkan. kejadian yang hampir meranapkan masa depan pun ada. Setiap kali terkena tu, PANGG!! rasa macam tempelengan yang paling hebat pernah tercipta dalam sejarah dunia. rasa sakit hati tu melampau-lampau. nak-nak kalau kemaafan yang dihulurkan oleh orang sana tu gayanya macam tak setimpal dengan kesalahan yang dia lakukan. macam rileek je cakap,

"sorri!"

pastu kira settle.

hah, cakap senang la. kena pulak saya jenis yang kalau sakit hati, memang akan tahan dalam hati, tak bagitau face to face, konon berlagak baik, cuba untuk menapis segala kata-kata yang mungkin tersembur. inilah yang dimaksudkan hipokrit pada pandangan saya. ini hikpokrit tahap penting, demi kesejahteraan sejagat.

bila tahan dalam hati, kita tak boleh nak cakap dengan siapa dah time tu, kena handle rasa amarah dalam hati ni. bila takleh cakap, fikiran kita merewang jauh-jauh, duk fikir yang bukan-bukan yang kadang-kadang sengaja cipta ayat-ayat untuk menambahkan sakit hati diri sendiri. bila panas bahagian dalam, air mata mudah gugur sikit. ni yang leceh.

bila dah reda sikit, barulah maaf tu betul-betul saya maksudkan. pun dalam hati. sebab ayat; "takpe, bukan salah kao pun" (kira ayat memaafkan la tu owk?) .. dah diucapkan awal-awal sewaktu orang sana dah cakap sori dengan nada-tanpa-sesal tu.


TAPI harus ingat, manusia ada sebahagiannya jenis yang susah nak melupakan apa yang terjadi. Bukan dendam, tapi sejenis perangai yang dipanggil 'berhati-hati'; akan mula bercambah. Hubungan sesama rakan tetap berlangsung macam biasa, tapi efek kejadian tersebut akan tetap berbuku dalam hati dan sentiasa mengingatkan diri ini supaya jangan meletakkan harapan untuk kali kedua lagi. Cukuplah sekali ter-sakit hati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...