tidur

Tidur memang kegemaran. Bangun je pagi tu, mesti terus rasa tak sabar-sabar nak tunggu malam menjelma lagi (perkataan 'menjelma' digunakan di sini). Gaya tidur pulak pelbagai jenis. Ada SEPUPU YG VOGyUE ni masa kecik-kecik tidur gaya helikopter sebab dia sangat memanfaatkan segala ruang yang ada sampai atas perut orang lain pun dia buat lap. Cukup dekat-dekat nak bangun, maka genaplah 360 darjah dia pusing. Orang sekeliling pun genaplah 60 kesan lebam di seluruh badan.

Tapi tu masa dia keciklah. Sekarang mesti gaya tidur semua orang turut berevolusi sejajar dengan saiz badan.

Macam saya, dulu zaman ramping (ramping?!) kat sekolah, tidur selalunya gaya perah. Bukan duk buat gaya memerah kain, bukan eh. Ni gaya macam kain yang diperah. Half bottom pusing ke kiri, half top pusing ke kanan. Warrrhh suka gile gaya tersebut kerna mampu menghilangkan lenguh-lenguh tulang belakang. *Tolongla try* Itu belum masuk tidur versi kerusi sewaktu form 1 dan versi ultraman tatkala form 5


Pernah sekali masa kaki tempang sebab jatuh pagar tu, first 5 days tidur badan straight mengadap siling sebab masa tu kaki dibalut daun pisang makcik urut handalan Kg. Batu Sebutir tu. Kena pulak masa tu musim duku & langsat. Mak ayah member datang hari Jumaat bawak buah-buahan 'hebat' tu, mana boleh tahan. Bantai makan jugak. Tidur gaya lenguh + duku + langsat. Hasilnya, pagi tu, bila bangun ala-ala sit-up, terus - krapppp! Sepanjang-panjang tulang belakang tu semua sendi kot berbunyi. HAPPY GILA! Tapi lepas tu terus lenguh gile.

Tapi sekarang dah tak ramping, dah takleh diperah. Maka gaya tidur juga telah berubah. Maal hijrah. Sekarang, kalau nak tidur, baring lurus, tegak macam dalam iklan Sofy overnight. Kiut sikit dari terlentang. Yang wajibnya, sebelah tangan mesti selit kat bawah badan, kasi tinggi sebelah badan, tak tau kenapa tapi rasa best. Lagi best kalau tangan lagi satu letak bawah kepala. Uhh best! Terus rasa mengantuk...

Ok, nak masuk surau lantas tidur dengan gaya yang dinyatakan. Bye goreng cempedak!

4 comments:

efa fairuz said...

camane rupe tidur versi kerusi tu? sile demo..versi ultraman akak dah penah terai..err bukan penah, selalu..speshly time prep petang..ngantok kot pepetang kejadah nak stadi lagi kan :p

err..patutla takdapat 10A spm n deanslist time U..pasrah~ T_T

Fefey said...

tergamak kamu memperkotak-katik kan gaya tido freestyle beta..grrrr

aNeA_hAyATi said...

hee..x msuk lg ngn cite gaya tdo dlm klas..bleh tdo ngn aman disebalik timbunan celah2 buku.tak pon kt celah2 rak buku kt blkg klas.pastu bgun g dewan mkn ngn penuh jaluran kt muka..heran tp ajaib..xde plak rs sakit2 urat sbb salah tdo ke hape..huishh..

ila ni said...

kak efa:
versi kerusi tu sesuai dipraktikkan time Azan zohor jah, ble-ble nunggu kelas disambung smeta tu lelapkan mata dalam keadaan tegak, sekso gilo raso ;p

fifi:
eh terlink fifi plok, maaf! ;))


anea:
HAHAHAHAHA bab muko jjalur tu x tehe! bangun2, terus kalut kibut gi rebut barisan kat DM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...