tilik nasib

masa lunch tadi terbukak topik tilik menilik. Memandangkan bosan, jadi sengajalah drag topik tersebut sampai Amin balik lunch. Terbantut kerja menilik bila ada lelaki. Bukan takat tilik tapak tangan, siap tilik muka! tarikh lahir pun kena tilik sekali.

penilik nasib merupakan seorang trainee, tetapi tidak bermaksud beliau juga masih di alam praktikal dalam bab menilik. Agak banyak yang mengenai sasaran. Sekadar suka-suka, tak tau berdosa ke tak kalau sekadar suka-suka ni. Layankan rumusan tilikan tersebut:
(note untuk ilani: bila dah tua boleh check balik list ni)


1. Dalam lingkungan umur 40-50 karang, akan ada sakit-sakit.
kena jaga kesihatan bermula sekarang! makan 5 buah setiap hari mampu mengurangkan risiko breast cancer sebanyak 20%. kata hallmark channel.

2. 1st april, Aries, tahun Tiger - banyak elemen garang tapi garang tak garang sangat. tak segarang Tun buahahaha. || TEETT! SALAH.
oi oih tak garang ah. mana ada garang, hish tak pernah ah.

3. duit selalu tak cukup. || BETUL!
hah memang! sangat tak cukup.

4. tapi tak boros pun. || BETUL!
hah tengok? maksudnya bukan salah saya ah, memang duit secara semulajadinya tak cukup untuk saya.

5. dengan orang luar, layan baik, eloook je. tapi dengan family, asyik bad mood, marah-marah, manja. || TEPAT!
tak tau kenapa tapi memang 2 personaliti yang berbeza bila berada di rumah dengan bersama kawan-kawan.

6. ramai yang menyenangi kehadirannya
tak tau. harap-harap bilangan yang benci kurang daripada bilangan yang menyenangi

7. ada lelaki yang sukakannya tapi takut-takut nak bagitau
alamak, ada ke? kenapa takut?

8. dari segi paras rupa, secocok dengan bakal suami.
sama-sama hodoh. fine.

9. ada anak dua orang; perempuan & lelaki
we'll see.

10. settle down berhampiran dengan family. maksudnya berumah dekat mak & ayah bila dah berkeluarga, dah tua-tua nanti.
oye! makan best!


demikian berakhirlah tilik nasib Lee SinSang. 20 tahun akan datang jika masih bernyawa, kita tengok betui ke dak


tambahan:
lagi tilikan yang tepat, suka sangat fikir sesuatu masalah dengan mendalam dan takkan biarkan masalah tersebut begitu sahaja. dan juga sangat determine dalam sesuatu perkara yang dilakukan. ok, noted.

10 comments:

tun teja said...

saya x garang oke...saya sangat baikkkkkkk...hihi..

EviL_LadY said...

aaa.nok tilik jugokkk

Anonymous said...

hahahaha
aku suko no 7!

- Yana -

ila ni said...

tun teja:
yekah anda tak garang? tapi yg confirm, tilikan Tun pemurah tu memang tepat hahaha

evil lady:
tilik la nani.
eh nani deih?

yana:
suko bena dio bab2 gitu deihh..

tun teja said...

saya penah mrh ila ke..maap la ye...hihi..tima kasihla kt encik pemurah sbb suke dok dkt saye...hahahha

ila ni said...

uih mana ada, tak penah lah tun wehh sajo jahh oyak gitu sbb nok sohor hehehe

Anonymous said...

10. settle down berhampiran dengan family. maksudnya berumah dekat mak & ayah bila dah berkeluarga, dah tua-tua nanti.

dekat dih? Im ko?
hahahha

-peck young-

ila ni said...

bahahah gom la peck young, mat im nok tune dh wei, tau crito dok? lucu2. nati smula2 kito crito, dgn aksi skali

xerra said...

eh,tilikkan skali utk frh blh? 30sept 1986.haha

ila ni said...

facebook sudah hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...