birthdays

Pertama sekali nak mintak maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang saya tak wish birthdaynya. Beberapa birthday je saya mampu ingat. Biasanya kawan-kawan rapatlah. Tapi kadang-kadang birthday kawan baik pun saya tak tau wuuu seperti Nada Nadirah huuu ampun Nada!

Kenapa susah sangat nak wish birthday kawan-kawan ni? Sebabnya senang. Dulu masa mula-mula kenal, save birthday reminder kat fon. Bila dah tukar fon, dahhh tamat begitu sahaja. Tapi akhir-akhir ni, hidup jadi lebih senang dengan wujudnya Facebook Birthday Reminder. Haremmm haku nak wish! Hahah sebab tiba-tiba rasa segan kat diri sendiri yang tak ingat tarikh tu dengan daya usaha sendiri. Jadi, tak wish. Sebab bagi saya, apa-apa ucapan ni perlukan ketulusan dari hati saya sendiri. Tapi ada jugak la saya send ucapan, ikut trend orang cakap. Biasanya wish jenis ini lebih pendek seperti ' Selamat Hari Lahir!! Semoga panjang umur.' Dah gitu je. Tapi kalau birthday yang saya betul-betul ingat, banyak sikitla doa-doa yang boleh difikirkan, sebab dah standby 2,3 hari sebelum birthday die kan (banggo la tu!)

Namun begitu, itu tak bermaksud saya memandang rendah kepada mereka yang wish birthday saya disebabkan reminder sudah berdering. TIDAK. Saya kagum dan terharu sebab selepas reminder birthday berdering (atau kelihatan di FB), banyak pula usaha lain yang diperlukan seperti memikirkan ayat, menaip, nak kena search nama Ilani Nimm lagi atau mungkin berkorban beberapa puluh sen kredit. Wauu terharu weh!

Tapi, tu la... saya tetap tak wish mana-mana birthday yang saya tak ingat. Wish diam-diam je (konon) eh betul laa. Lepas nampak kat Fb kecoh kawan-kawan duk wish 'Happy Birthday!!!' mesti mulut saya pun diam-diam menyebut 'happy.. belated birthday..'

Serius ni, sorry sebab terlepas pandang birthday korang.



note: satu april eh.

2 comments:

Anea_hayati ♥ said...

april fOol..tu care nk igt besdei mc la.hehee..

mine?? plus 14 days froM urs..
15 April okey..=)

(biase bleh igt besdei kwn2 yg bln april jgk)

ila ni said...

hahah mmg pun anea, biasa bdk2 sama bulan ni, akan lebih snang utk diingati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...