homesick

Saya jarang homesick tahap jerit-ko'o. Kalau homesick pun, segan-segan nak mengalirkan air mata. Hahaha macam tak kenal i nih!

Masa mula-mula masuk asrama di usia 13 tahun, tu lah perasaan homesick yang pertama. Pergi kem motivasi darjah 6 pun tak rasa homesick. Tapi homesick-homesick pun, control lah orang cakap. Control macho. Tak nangis.

Tapi lama-lama tak boleh tahan, time duk sapu dorm pagi-pagi tu, time duk susun selipar kat luar dorm pagi-pagi lepas Subuh tu, nampak takde orang je, mesti air mata meleleh. Sayu. Sebab time tu musolla duk pasang ayat-ayat Quran yang sebijik dengan kaset yang ayah selalu pasang dalam kereta on the way nak hantar ke sekolah pagi-pagi. Masa tu, homesick macam mana pun, tak boleh call rumah. Sebab? Ma & Ayah duk kat Mekah. Haji. Tak ke sedih tu? Dah la baru masuk asrama, takleh nak contact pulak tu. Orang lain rilek je call mak ayah, jumpa mak ayah hari Jumaat semua tu.

Jadi, (sebenarnya tak tau hala tuju pun entri ni nih).. er..ye, kak Ati patut bersyukur dan bertambah tabah kerana mempunyai keluarga yang sangat mengambil berat akan beliau. Baru 2 hari masuk asrama, sudah 2 kali mereka 'melawat' hihihi. Kak Ati, be strong. Ciksu tau kak Ati akan berjaya mengharungi kehidupan asrama. Dan ingat segala tips Ciksu dalam sesi menge-chopp toilet / shower; hafal betul-betul warna & corak towel yang sedia ada untuk mengetahui status turn anda.


err..tak panjang kan entri ni?ok.

2 comments:

Helang Hijau said...

mengenang zaman muda remaja ke weh?? haha

ila ni said...

bukan.
zaman cun hahahhaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...