nota untuk pejalan kaki

Takde keje kann, bagi tutorial vongoks sket la untuk blog ni.

Sepanjang bergelar pejalan kaki, penunggang motor dan pembawa kereta di Malaysia ni, ada beberapa pemerhatian tahap biasa-biasa yang boleh di senaraikan untuk ingatan bersama.

1. Jangan sekali-kali lintas di junction yang traffic lightnya tengah hijau. JANGAN. Terlalu bahaya sebab kereta walau pun nampak jauh, tapi boleh jadi tiba-tiba ada depan perut sebab biasanya semua kereta atau motor pun, akan pecut kalau nampak rezeki terbentang depan mata. (rezeki = lampu hijau)

2. Gunakan jejantas yang berdekatan. Sebab utama jejantas dibina adalah sebab dah bertahun orang buat research yang jalan korang nak lintas tu berbahaya & sibuk. Sebab tu orang sediakan jejantas. Selamat untuk anda sampai ke seberang, dan untuk sesetengah kes, selamat juga duit poket anda dari kena saman (rujuk case : budak Rawang yang kini berada di Tasmania; yang melintas di Bukit Bintang)

3. Bila berjalan dibelakang kereta yang tengah undur nak keluar parking, boleh tak tolong stop dan bagi kereta tu settle dlu? Sebab bahaya gila kalau korang ANGGAP kereta yang tengah reverse tu akan stop bila tengok korang. Kemungkinan besar diorang tak nampak pun ada manusia kat belakang kereta diorang.
Jangan buat kebal macam pakcik pasar malam yang saya rasa sangat geram nak turun tampar perut. Bagaimana nak tau kereta tu sedang reverse? Ada lampu kecik warna putih / kuning menyala di tepi lampu merah (lampu brake) blakang kereta tu.

4. Bila jalan di mana-mana laluan pejalan kaki, sila ambil langkah berjaga-jaga. Jangan jalan terlalu dekat dengan jalan raya. Nak-nak kalau pegang budak kecik, dah la dedahkan budak kecik tepi jalan besar, pastu sibuk duk cakap fon, bahaya ooo.
Banyak kemungkinan boleh berlaku macam kes ragut, kes culik dan mungkin juga terkena-langgar bila kereta tiba-tiba hilang kawalan dan hentam bahu jalan. Uish sakitt. Jangan. Dan kalau ada kawan bongok-bongok seperti Pa** yang nak kenakan anda, bila lalu dengan kereta dia tepi anda, terus dia pancutkan air dan pasang wiper laju-laju, teruss kena percikan air tak pasal-pasal.

Oleh itu, jalan lah dibahagian terkedalam sikit macam dalam gambarajah tu;- jalan di belah kiri dotted line tu, bawah pokok. Burung berak? Alah boleh basuh.. malu kejap je kohkohkoh

5. Bila nak lintas di junction yang tiada traffic light dan zebra-crossing tetapi busy, T-junctionlah katakan ye, sebolehnya jangan lintas dekat-dekat dengan junction tu, lintas di 'sebatang jalan'. Aaa camane nak describe ni..
Rujuk gambar, kawasan berpangkah X tu jangan lintas area tu, lintas jauh-jauh sikit, dekat A, B atau C. Sebabnya senang, mata kita ni kadang-kadang tak cekap sangat, boleh tengok lurus kiri kanan je, kadang-kadang terlepas pandang. Jadi pilih tempat yang senang nak lintas.

6. Bila berjalan di jalan yang sempit pulak, jangan hayun tangan lebih-lebih sebab hayunan tangan yang terlebih, mungkin boleh menyebabkan traffic-jam di jalan tersebut. Kereta-kereta & motor tak berani nak lepasi anda sebab takut hempukan tangan anda di kereta mereka mampu menyebabkan kecederaan pada fizikal anda.

Ok tu je. Sekian. Sama-samalah beringat.



note: try jalan kaki di Singapura, mesti anda bersyukur dilahirkan sebagai pedestrian.

8 comments:

efa fairuz said...

terimakasih di atas entry ini..sungguh berkesan di hati..speshly part yg org lalu blakang kete tgh reverse..uh uh..

Anea_hayati ♥ said...

wow..mc La..ini sgt wah wah wah!!

pesanan yang cukup utk di fahami even utk budak tadika sbb ade gmbr siap..

i like~

anOOan said...

hoit..!!apekah itu hayunan tangan terlebey mengundang jam...?fatwa mane..hahha.....hebak tips..siap buat cad lagi tuh...tabik spring lah...

Nanie said...

hahaha..kiubbb molekk..

cik idaY said...

tq for dat info,ari tu pernh hmpir kna lggr kt parking lot..coz tak perasan tgh reverse

ila ni said...

haa sama2 lah berhati2 di ms hadapan.

k'aAn, betul pe boleh mengakibatkan traffic jam huhuhuew

Anonymous said...

salam
haha
not applicable in Cairo I think...

ila ni said...

wsalam.
er..cairo jalan dia cemane?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...