pokok (serius tajuk entri kali ni ada kaitan dengan content)

Banyak kali entri pasal pokok tapi nak jugak lagi bercerita mengenai pokok.

Akhir-akhir ni, untuk ruangan hobi dah pandai tulis 'menikmati alam dan hujan'. Jadi, mari kita sebarkan pendapat mengenai keindahan pokok agar lebih banyak pemandangan yang segar untuk dinikmati di masa hadapan.

Tugas pertama selepas kita semua berpindah rumah, selepas siap unpack semua barang; ialah mewujudkan sebuah taman.Tak kira lah rumah kita mempunyai tanah yang nyata atau sekadar kondo mewah (sekadar?!). Semuanya bergantung pada tahap determination. Kalau bersungguh; maka taman tersebut akan wujud, walau di atas lantai balkoni.

Ada pelbagai jenis tumbuhan di nurseri berdekatan. Cuba try jenguk-jenguk sikit.
Untuk rumah yang ada tanah, saya cadangkan tanamlah pokok yang besar yang boleh bagi shades yang berdiameter agak besar. Hanya korang yang mempunyai tanah, hanya korang harapan dunia untuk mengelak penipisan lapisan ozon. Jauh gila kaitan. Banyak keuntungannya seperti bila pokok tu besar esok-esok, kita boleh gantung buaian kat dahan untuk anak-anak bermain. Tak pun set up satu set kerusi untuk lepak petang-petang atau mungkin boleh bersarapan pagi setiap weekend kat bawah pokok tu oohh segarnya kalau boleh buat gitu! Lagi best kalau boleh buat tea party dengan family/kawan-kawan kat bawah tu. Tak pun, boleh parking kereta bawah tu. Elehh tau sangat laa, demi kereta, sanggup tambah bumbung warna merah/biru yang mencacatkan pemandangan di kawasan perumahan tu kan kan. No offence.

Tapi serius, jangan pakai bumbung biru merah tu. . .tak cun.

Ok, selain menanam pokok, rumput pun perlu la dipelihara. Tak perlu rumput sepenuh-penuh alam kalau tak suka. Ada pelbagai design lanskap yang integrate dengan paving dan batu-batu hiasan. Contohnya kalau driveway tu, apa kata instead of letak tiles sepenuh alam, cuba selitkan rumput-rumput untuk turunkan suhu alam sekitar. Contohnya macam gambar di bawah. Asal ada hijau je, bagus untuk mata juga, ye dokk.
Bagi yang memiliki rumah tanpa tanah, kalau nak seribu daya orang cakap. Mulakan dengan menanam pokok-pokok kecil. Ada yang jenis hidup dengan bantuan air je seperti keladi, tak perlu tanah pun. Tapi sekarang dah banyak jual pokok dalam pasu-pasu kecik di Tesco semua tu, beli la 2,3 pasu. Comel pun comel, murah jangan dilupa. Saya memang economical, terima kasih.
Bagi yang ada duit, mungkin boleh start fikir renovation untuk balkoni anda diubah kepada Little Heaven. Dah pandai bagi nama la pulakk. Ianya tak mustahil untuk menanam rumput walau anda di tingkat 15. Kita ada nye cara nak construct taman. Try tanya tukang renovate tu, mesti dia tau nye lah. Tapi jangan lah tanam pokok petai pulakk.. pokok kecik-kecik dah la. Shrubs ke, pokok-pokok herba ke boleh la kot. Jimat kos masakan tom yam. Pastu letak kolam ikan kecik, siap ada bunyi air mengalir dari Little Heaven anda, wow! Pastu start la gila nak shopping accessories for garden macam papan tanda English style la, fencing putih la. . . macam cita-cita haku je? Ok la tu. Isi masa lapang orang cakap.

Sebenarnya, apsal sibuk sangat nak suruh tanam pokok ni?

Sebab banyak kebaikan pada kita dan alam la.

Seperti?

-menyerap haba sekeliling dari terpantul sana sini
-menyerap air hujan lantas mengurangkan limpahan air longkang tatkala hujan, banjir kilat berkurang. Ni dah macam esei PMR.
-Membekalkan udara segar
-Sejuk mata memandang plus baik untuk kesihatan mata
-Stress-reducer
-Setiap burung, ulat dan hidupan lain yang menumpang berteduh / makan, inshaAllah dapat pahala.




nota: cakap berkobar, rajin ke nak bercucuk tanam? seram gak sebenarnya. seram ulat.

2 comments:

wakarchie said...

hahahah. .lawak2. .ko pndai berjenake rupenye ila.

tp bagus ko pnye pengolahan, leh ak panggil ko wat talk utk student2 ak pasal pokok ko nie(~nada serius bkn memerli ye)

p/s~teringin nk ke umah en azizi utk ke sekian kalinye dgn dak2 studio. .

ila ni said...

wow~! ye ke wak? terharunye dpt offer dr seorang lecturer. kao amek je la content dr blog aku ni hahahha ( koya entri ini hebat)

p/s: kalau dpt pergi, ajak aku skali, nak tgk pokok depan bilik study die.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...