say yes to george clooney

Rata-rata status di facebook membayangkan stress bekerja, dan semuanya ditulis oleh rakan-rakan architecture. Stress sangat ke ngadap autocad tu? Apsal saya tak rasa stress pun? Maybe sebab dah dapat tidur yang mencukupi di office kot. Tapi kalau nak ikutkan, sepatutnya saya boleh jugak nak cipta status stress seperti "adoii sakit tengkuk saya tidur secara menegak di atas kerusi".
Takpe ah. Tak cukup stress kot.

Hari ni, saya memiliki genap 10 orang anak-anak sdara dan seteruna. 5 lelaki dan 5 perempuan. Tapi selaku adik yang hampeh, saya belum lagi menghubungi abang sulung menghulurkan kata-kata tahniah. Salahkan telefon. Suka dia mati tiba-tiba ye. Haih bila nak berganti tah telefon berkarat tu. Dekat 3 tahun pakai tak tukar-tukar. Telefon awam pun lagi canggih dari telefon karat tu. Nak pegang pun takut sebab karat banyak sangat. Kancing gigi, ee seramm.

Kancing tak kancing, ekonomi kena jaga. Tah cemane tadi duk buat audit bulan January, rupa-rupanya dah terpakai RM 1017.85 untuk perbelanjaan sebulan! Tu tak termasuk duit kereta dengan yang bagi kat mak ayah. Kalau totalkan semua benda tu, tah cemane boleh terlebih dari gaji la pulak . .? abaikan.

Nak nasihatnya, awasi lah setiap sen yang anda keluarkan. Catat ('catit' tu wujud tak?) dalam buku free yang kontraktor bagi awal tahun tu. Jadinya, aim bulan Februari ni, nak belanja kurang dari RM 850. Kita tengok.

3 comments:

Fzah Ruslan said...

kurang mengerti kaetan title dan entry...

oh, perlahankah aku?

Anonymous said...

wah besh nya ada anak buah ramai. orang baru ada sorang, hope dpt ramai lg.^_^

ila sgt determine + berani catat all the perbelanjaan..diri ini tiada kekuatan lg nak buat cmtu.

good on u babe..=)

-aja yg mls nk sign in mcm biasa-

efa fairuz said...

ok, mc la..akak tok pehe gapo dio relationship george clooney denge entry nih? cubo jawab skit..skit jah.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...