shopping di klate (bukan untuk penggemar barangan branded)

baru pulang bershopping wiwii~ rambang mata dengan kemurahan melampau. kalau korang datang ke Kelantan dengan mak ayah kakak adik, harus singgah jua ke 'uptown' Wakaf Che Yeh. Jangan risau, pergi lepas maghrib pun benda ni dah start, lagi best time tu sebab orang tak ramai. Waaayyy better than Pengkalan Kubor mahupun Rantau Panjang sebab ada parking banyak + cuaca tak sepanas siang hari sebab Peng. Kubor & Rantau Panjang bukak siang je kot. Panas bersesak.

Serius murah. Nak-nak tudung bawal yang biasa harga dekat rm50 pun boleh jadi RM20 saja fuh fuhh (tapi haku tak beli sebab menganggap RM20 masih mahal untuk sehelai tudung ohkokhoh). Comforter, toto macam Narita tu around RM35 sahaja, gilakkk!! Batik-batik digital dan tangan pun agak murah setanding harga di Pasar Siti Khadijah. Kalau kena nasib, dapat yang dia nak clearance sale, kemeja sutera/batik lelaki dapat harga RM90-RM140 je. Clearance sale bukan sebab design dah terlampau out-dated tapi Kelantan kan, faham-faham ajo lah kelimpahan design-design yang lebih terrrbaru dalam hal-hal batik ni. Itu belum masuk jeans Golok hohoho meriah meriah!

Mana nak menginap? Di kawasan berdekatan, ada Ombak Inn, Sri Seroja Inn, Marina Inn dan lain-lain. Kira tak jauh sangatlah dengan Kota Bharu. Soal nak makan mana, tak yah risau. Kelantan adalah tempat yang dipenuhi dengan kedai makan. Cuma kalau jenis perut telan makanan mamak je, memang susah la. Satu je kot kedai mamak di klate?

Tapi kena bersabar sikitla dengan kerenah pemandu-pemandu yang menyakitkan hati. . .

2 comments:

efa fairuz said...

wahh..saya setujuk!! :D

ila ni said...

kam kammm sangat masyukk dgn harga spo nok bagi free tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...