tak senang duduk

Dah dah la tu. Benda-benda yang kita tak de ilmu, takde pengetahuan kukuh ni jangan la kita duk highlight lebih-lebih. Nak nak musim sekarang ni benda-benda kecik pun boleh jadi penyumbang kepada perpecahan. Tu, pasal kepala babi dalam masjid, bakar gereja, politik salah gunakan isu agama, non-muslim nak pakai nama Allah jugak semua tu, kalau kita bukan pakar dalam bidang menentukan siapa betul siapa tak, jangan la duk bagi pandangan kita sesuka hati di facebook atau blog atau mana-mana medium yang umum boleh baca dan terpengarauh atau mungkin jugak menimbulkan rasa sakit hati. Benda-benda macam ni lah yang mengeruhkan keadaan. Tak salah menyatakan pandangan sendiri tapi rasanya buat masa sekarang, sebulan dua ni, eloklah kalau masing-masing pendamkan dulu pendapat masing-masing memandangkan line tengah panas. Bincang member-member bolehla. Jangan paparkan pendapat tu kepada umum; yang kita sedia maklum, setiap manusia ada pelbagai sifat & pendapat. Kena yang tak sebulu dengan pendapat kita dan oversensitive terbaca, dah tak pasal-pasal wujudnya seorang musuh. Kalau kumpul ramai-ramai, tak ke dah boleh cetus rusuhan? Kita pakat biarkan pihak yang betul-betul terlibat dan yang lebih berkait saja selesaikan diam-diam. Jangan keruhkan. Kita bukan siapa-siapa yang berkuasa pun.

Ok settle luahan. (haku plak yang bagi pandangan?! cis)

Nih nak tunjuk ni ha, ter-pengaruh dengan aktiviti intai-intai meja sebelah kat ofis, dah tak pasal-pasal terlayan Star King ni. Lawak. Lawak. Lawak. Lawak! Dari muka pengacara yang sedia ada lawak sampailah ke tetamu-tetamu yang sporting, memang lucu. Bagus untuk elakkan rasa mengantuk di office. Ni salah satu video mereka.

1 comment:

t said...

yay...ade org terpengaruh...sgt best la...addicted da...da la sume guest sgtla hot xhengat..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...