ditipu jam

First weekend di bilik sendiri, berkurung je dalam bilik sebab tuan rumah ada kat rumah, jadi tak berapa selesa nak keluar masuk bilik banyak-banyak kali. Pukul 11 pagi, dah start tidur balik.

Tersedar, tengok jam, baru pukul 11.30 pagi.
Ok sambung lagi sikit, baru setengah jam tidur.

Tersedar lagi, 11.45 pagi.
Ah kejap benar tidur!
Sambung lagi.

Tersedar bunyi budak-budak duk main kat court badminton & tenis kat bawah. Tengok jam, 2.45 petang. Aik budak-budak sini memang mak ayah bagi main panas-panas-cheng gini ke? Sambung lagi lah. Pukul 3 bangun zohor dan keluar makan kat JJ satgi.

Budak meriah sangat main. Bangun pukul 3 lebih. Tapi saya rasa macam tak puas hati dengan jam sebelah bantal tu. Macam dah penat gile kelopak mata duk pejam tadi. Jadi jenguk jam tangan kat meja sana dan yarghhhhhhh pukul 6.30 petang!! Mana zohor aku? Mana JJ aku? Mana lunch aku?

Jadi saya belajar satu perkara tentang jam putih itu :

Bila dia dibaringkan, tarikan graviti jadi sangat kuat sebab pusat graviti merendah.Jadi jarum jam bergerak lebih lambat sebab berat. Untuk mengatasi dari ditipu kali kedua, sandarkan pada dinding dan pastikan tak terkaut masa tidur.

Nasib baik weekend.
Noted.



nota: shopdetected kembali beroperasi setelah hawa fatihah telah berjaya lulus dalam ujian kedoktorannya, salut la sama u!

4 comments:

anif® said...

Hahaha.. Tukar kepada jam digital :D

ila ni said...

aaa~ bernas!
tapi jam digital bunyi dia tak sekuat jam klasik ni. . .

Hawa CMS said...

letak atas meja jgn letak atas katin
ngeee~
yay! saya dah lulus yay!
exited tunggu adek2 dtg bermain2 di jakarta
yay!

ilaaa! joooom!

ila ni said...

meja jauh aa, malas nk bangun untuk off nati. lagi pun, kaki jam tu keno cabut ko farah & aqil doh wuuu~

aa jom.'JOM'. . . . .!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...