menjadi matang

matang pada pandangan umum sahaja.

1. Antara orang gedik dan sopan, yang sopan kelihatan lebih matang.
Jadi, sila kawal tingkah laku jika mahu kelihatan matang. Iya, anda sedang menikmati saat-saat gembira bersama kawan-kawan, tapi tak perlu kot mengilai kuat-kuat di tengah-tengah ramai di restoran tu. Selain nampak kurang sopan, anda juga kelihatan seperti sangat desperate ingin dapatkan perhatian kaum berlawanan jenis, oh~! Kesopanan merupakan sifat utama sebagai seorang yang beragama terutamanya muslim/muslimah dan kesopanan juga merupakan adat yang sangat dipentingkan oleh orang tua-tua.


2. Dikatakan, orang yang bijak mengawal perasaan itu lebih dewasa/matang.
Semua orang pernah rasa nak marah sampai tahap nak tumbuk-menumbuk, baling barang (bos-bos pun ada jugak ni perangai ni nih) tapi, chill. Kawal sikit. Macam mana nak kawal kemarahan? Haa itu carilah sendiri caranya sebab lain orang, lain cara rawatannya. Anger management ni sangat penting. Orang besar mana gaduh-gaduh beb, bincanglah secara berhemah. Oh, yang bijak mengawal rasa sayang terhadap girlfriend/boyfriend juga adalah matang. Walau sesayang mana pun terhadap insan tercinta yang belum sah tu, kawal sikit. Tak payah nak cium-cium, peluk-peluk di khalayak ramai (dan tak ramai) muahahahahah!


3. Komunikasi
Elakkan mengasah lidah dari menyebut perkataan-perkataan kasar seperti 'setan, cibai, babi' dan pelbagai perkataan carutan yang makin jadi trend di kalangan anak muda sekarang (dan bunyinya seperti haku sungguh tua?) Takpe tak ikut trend yang tak elok, takkan jadi out-dated nye. Dan yang penting, isi komunikasi perlu sedikit berilmiah la.


4. Pengetahuan am
Cuba ambil tau sikit setiap benda dari setiap isu disekeliling kita. Tak perlu tau sampai hujung pangkal kalau tak minat, sekadar tau untuk elak jadi ignorant orang cakap, so bila bersembang takde la nampak jahil sangat kot. Plus, penting untuk assignment dan jugak interview :)


5. Ilmu agama
Ini memang tak boleh disangkal. Orang yang ada banyak ilmu agama kelihatan lebih matang daripada yang tak amek kesah hal agama. Tengok je la beza budak-budak sekolah pondok dengan geng lepak tepi shopping complex. Umur sama tapi sangat berbeza perwatakan sebab tahap ilmu agama yang berbeza. Paling penting, mendalami ilmu agama ni bukanlah untuk menjadi matang, tetapi lebih kepada persediaan untuk menjadi muslim/muslimah yang baik yang bersedia untuk dijemput ajal bila-bila pun. (sheewaahh fandai haku shakeepp!)


6. Memburuk-burukkan orang itu is soooooo 1986!
Bukak minda, jangan asyik judge orang tak tentu hala. Bersikap optimislah setiap hari dan hentikan tabiat bersangka buruk terhadap orang lain. Macam contoh; anda langsung tak boleh tengok muka si A ni, walhal tak pernah sembang pun. Kenapa? Entah, benci, sebab member aku cakap dia ni bajet bagus. Ahha! Jangan, jangan pinjam conclusion kawan anda. Kenali orang sekeliling anda sendiri. Beri peluang untuk diri sendiri mengenali dunia sekeliling sekaligus memberi peluang kedua kepada orang lain.


7. Jarang dan ketat tu tak cun lah!
Pemakaian memang perkara pertama orang tengok sebagai penilaian terhadap kematangan seseorang. Jadi, dress accordingly. Ada perbezaan antara sopan, slumber dengan bajet kiut. Contoh, satu malam, saya tengok ada seorang gadis Melayu (memang muka melayu, confirmed) ke pasaraya dengan memakai seluar tidur 3 suku ada gambar bear dan jugak sehelai tube. Tak tau nak kategorikan sebagai apa. 'Slumber' maybe (hi-hi-hi secara sarkastiknya) Tapi kan elok kalau pakai sedikit sopan. (Dan yeah, pada malam itu saya telah ter-judge manusia tanpa mengenalinya hahahahah). Tapi percayalah, makin sopan pemakaiannya, makin matang & intellectual kelihatan seseorang itu. INTELLECTUAL! Bonus point tu...tak nak?


8. Mengalah - bukan bermaksud lemah atau pun bodoh
Malah, yang tak mengalah tu yang akan dianggap kurang cerdik. Pernah dengar mak-mak, ayah-ayah keluarkan ayat ni, - '(isikan nama), bagi je lah mainan tu kat adik kao. Yang duk rebut jugak dengan dia tu pasai pa? Dia tu tak ceghdik lagi' (ada dialek utara disini?) Selaku orang dewasa, gerenti masing-masing ada pendapat sendiri. Namun begitu, tak payah lah duk bertekak sampai ganggu ketenteraman orang meja sebelah nak hirup teh tarik mamak ni oi!

9. Jangan percaya
Sebab semua ayat di atas dikarang sendiri berdasarkan pandangan sendiri! kohkohkoh takdok maso ehh nak buat research kat library.



6 comments:

efa fairuz said...

i agree! especially on the point no 7..tak rugi pun cover2 bdn ni, tunjuk2 sgt kang hilang harge diri, selain hilang surprise bagi pihak suami kelak, awal2 dah tengok, kawin nnt nak jamu mate die dgn ape lagi? kan?

Anonymous said...

matang dalam berblogging. kamu telah mencapainya ilani!

- Yana -

ila ni said...

kak efa:
sogan ai baca ayat2 last ;p

yana:
hoh yo ko? hins hins

Dawa said...

btol ape. manada xleh percaya. usia xmematangkan seseorang. hanya ilmu dan pengalaman yg akan mematangkan individu itu

sasa said...

suka entri ni!ramai org umur dah byk tp mcm xmatang lg..

ila ni said...

dawa:
:) terima kasih, dawa.

sasa:
trimas baca entri ni hehe marilah kita bertindak mengikut umur ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...