tips untuk kulit rasa cantik dan mungkin kelihatan glow in the dark

Ada orang sangat segan nak try-try kasut di kedai kasut padahal try kasut lah aktiviti paling menyeronokkan untuk dibuat. Selain dapat tengok kaki dalam kasut-kasut yang menawan yang kita tak mampu nak beli semua, kita juga dapat melihat muka salesgirls yang bengkek. Seronok wa cakap loo. Kambing Mr. Loo ada lagi tak agak-agak?

Kenapa segan?
Kaki aku tak cantik.

Ah lapuknya alasan! Benda-benda yang Allah dah bagi, semuanya cun. Yang nampak tak cun sebab penjagaan yang kurang betul. Dengan ini, ehem, nak bagi tips dalam bilik air yahuuuu!

Shower Routine:

1. Loofah
Ini memang aksesori yang wajib ada dalam setiap bilik air. Kalau malas sangat, pakai time mandi malam je la, pemalas! Gosok satu badan skali ngan garam mandian atau skrub, laaagi lah kulit jadi sangat soft & supple. Dan bersih. Sebab bila cuci je loofah tu (try cuci dalam besen) akan nampak daki-daki dan kulit mati yang tertanggal. Gross i tell yu!

2. Berus kaki.
Ini yang ingin ditekankan. Anggaplah kuku kaki tu macam gigi. Celah-celah tepi kuku tu perlu dicuci setiap hari kalau tak memang kaki nampak tak cun ah ada hitam-hitam ee yekk! Kalau jenis yang detail, boleh beli berus GIGI yang soft dan beruslah kuku kaki satu persatu. Tapi kalau jenis yang tak kesah, beli je berus kaki yang dijual di bahagian farmasi dan Body Shop semua tu.
sekaligus dengan batu pumice

Tapi, jangan berus kuat sangat kat bahagian kuku tu sebab kulit sekitar kuku tu ada yang sensitif dan nipis. Beruskan jugak tapak kaki. Permukaan selebihnya, especially buku lali, pakai loofah. Gerenti kaki jadi bersih dan kelihatan glow dari dalam. Dan kalau nak lagi best resultnya, apply sedikit losyen pada kaki lepas dah cuci & kering. Now go, pergi try kasut kat kedai sekarang!


Okeh tu je ah routine paling simple. Kalau rajin lagi, boleh dapatkan batu pumice untuk tumit, benda alah yang urutan kat bahu bla bla lagi.alat urut untuk lancarkan peredaran darah. ye ke? aa ye la tu kot.


Jaga kebersihan. Lelaki perempuan, sama je. Dah bersih kaki tu, nak letak gambar kaki kat facebook pun letaklah, saya takkan close window dah.er..



nota: tips jerawat - sila ke pakar dermatologi. habis cerita.

1 comment:

Anonymous said...

hahhaha~~bagus sungguh post ini....-leen-..mls nk sign in~~ngeee~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...