aku memang sensitif

Kenapa dalam hidup ni, asyik aku je yang dikorbankan. Bukan mengeluh dengan nasib ke apa tapi ini hal kawan-kawan. Mungkin korang tak nampak apa efek lepas korang dah kecewakan aku tapi seriously kat dalam ni memang teramat sedih. Aku takkan tunjuk aku kecewa dengan kao. Aku akan sekadar cakap "Okey, ila tak kesah". Still, try nak amek hati kao yang dah mengecewakan aku tu.

Benda tak besar pun. Tapi sebab selalu sangat jadi mangsa, buat aku terfikir - orang lain memang tak reti nak bertolak ansur ke? Tak pun bersikap sedikit considerate.

Contoh biasa yang orang tak sedar pun benda ni buat aku rasa kecewa ialah bila kao bersemangat suruh aku plan gathering atau sebarang hangout dihujung minggu bersama kawan-kawan lain. Elok aku duk diam-diam kat rumah, tiba-tiba datang seorang kao, memberikan harapan untuk mengisi masa lapang di hujung minggu esok lusa.

"Jom la kita ajak ramai-ramai jumpa. Ila la ajak, ila kan selalu contact dengan budak-budak ni"

Dan bila aku dah bersungguh, sepenuh hati buat plan, dah terbit sedikit pengharapan - time tu jugaklah baru kao nak cakap;

"Sori ila, orang takleh nak join. Orang balik kampung time tu"

Dan kantoi rupa-rupanya 'kampung' itu adalah pusat beli-belah yang kao 'terpaksa' lawati dengan kekasih hati. Kao tau tak dalam prinsip kehidupan, bila kao memberikan satu idea atau lebih tepat lagi harapan, automatically kao perlu berikan support sebagai tanggungjawab kerana mengutarakan pengharapan tersebut. Bila kao melarikan diri dari benda yang terlahir sebab buah fikiran kao, itu sangat memberikan refleks kepada otak aku yang kao sangat tidak patut dipercayai. Tak tetap pendirian. Hangat-hangat tahi ayam.

Dalam konteks yang lain lagi ialah kes kawan kepada kawan.

Kalau aku lah kan, kalau kita tau yang kawan kepada kawan kita ni dah berusaha plan nak buat something tu bersama dengan si kawan kita ni, aku memang akan make sure aku tak ganggu diorang. Walau aku terpaksa keseorangan di negara asing. Hah amik kao. Hyperbola.

Ngada-ngada, tau? Kao dah besar, pernah dengar perkataan berdikari? Disebabkan nak jaga hati kawan beliau, maka kawan aku yang baik hati ni memilih untuk cancel plan kitorang yang dah sebulan rancang. Sebab? Aku sendiri yang cakap "Takpela kalau centu. Go ahead. Takkan nak biarkan dia sorang-sorang kat rumah" padahal dalam hati berharap kawan kepada kawan aku tu cakap the same thing kepada kawan aku ni seperti "Takpela kalau centu. Kao pun dah lama kan plan nak jumpa dia". Sedih tau tak sedih. Ketakpandaian aku dalam memperjuangkan keinginan diri, selalu memakan diri. Bab mengalah, mesti aku. Lama-lama mengalah, memang jadi berbuku. Mulia sangatlah hati aku kalau tak amek hati langsung bila selalu jadi orang yang tak diutamakan.

Kesimpulan akal pendek aku mengatakan - aku tiada luck dalam berkawan. Jadi, tak perlu bersusah payah nak berusaha kekalkan hubungan persahabatan kalau tiada timbal balik dalam hubungan tersebut. Kalau ada jemputan ke reunion, kalau tiada hal, aku akan muncul di saat akhir. Tapi kalau kao nak suruh aku organize gathering - mintak maaf, aku dah malas.

Hati tengah kecut ni, tau?

7 comments:

Anif® said...

Biasa terkena juga :(

Tun Teja said...

tibe2 saya pon terasa..kerana selalu menjadi mangsa..hehe

yaNi said...

Duhai Ila, kembangkan hatimu.

wakarchie said...

terbaek~

hamiDahRecKs said...

ala2....cian lak akak bace..sabar...jadi org best mmg susah..hihihi..*

anOOan said...

ila

MATAHARI said...

penipuan yg tertusuk dalam ke hati seumpama jarum yang mencucuk halus. meh aku pam kan.haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...