career switching

Kalau saya seorang yang berani dan daring, mesti saya akan buat career switching banyak-banyak kali sementara masih bujang ni. Bosan ah kerja sama dari 23 hingga 50. Saya tak nak kerja berat-berat pun, nak kerja yang simple- simple, yang interact dengan ramai orang, yang tolong orang ramai. Bila bosan, tukar la kerja lain pulak. Uuuii best best!

Jadi, ini list yang dalam pertimbangan, kot-kot suatu hari ada keberanian untuk mengubah kehidupan harian.

1. Sous-chef
Nak belajar masak dari basic ke menu gempak dengan chef yang baik. Dah terer, boleh gi masak & jamu anak-anak rumah kebajikan. Rasanya, bila tengok muka happy mereka mesti tu akan mengukuhkan faktor untuk terus bercareer-switching ni.

2. Guru ganti
Nak sekolah pedalaman, yang boleh tolong students dari segi kewangan dan bimbingan yang penuh kasih sayang. Aktiviti dalam kelas akan dipelbagaikan. Ini, duk 6 bulan -1 tahun cukup la. Kalau best sangat baru sambung lama sikit lagi. Boleh explore air-air terjun, hutan-hutan tu banyak sikit.

3. Kerja di bahagian media & magazine
Seronok kot kejar deadlines, cari source untuk magazine, menulis, mengedit wahh macam berada di zaman studio! Jumpa ramai orang yang fun. Best-best. Tapi takleh lama sangat kerja ni. Bahaya.

4. Kerja bank / kerajaan yang duk di meja customer service
Tiada sebab lain. Hanya untuk senyum dan bekerja penuh ikhlas. Cita-cita ini terhasil disebabkan kekecewaan terhadap mereka yang bertugas dengan muka masam, marah-marah dan lembab.

5. Pembantu rumah / pengasuh kanak-kanak yang dah reti basuh berak sendiri
Sebab utama - saya suka organize benda/ kehidupan harian. Waktu kerja sangat flexible dan saya bet, akan jadi the domestic goddes nye lah!

6. Pekerja resort / tourist guide
Wah seronak! Keje entertain pelancong je, dan persekitaran yang best. Flexible dan tak sestress menjadi pakar IT. (pakar IT stress la kot kan?)

7. Tukang sapu MPKB
Saya akan bersungguh-sungguh mengutip sampah walau kecik gile. Saya akan menyapu jalan-jalan di KB sebersih mungkin sebab saya sukakan perasaan lepas dah bersih tu. Rasa puas hati. Lagi pun, saya kan psiko bab-bab remeh ni maka saya rasa sayalah calon yang sangat sesuai untuk menjadi tukang sapu. Ketua tukang sapu maybe. Nak jugak ketua...

8. Doktor di hospital kerajaan.
Ini memang melampau la nak jadi doktor pulak. Takpe. Angan-angan. Ini KALAU pengajian & pekerjaan tu saling tak berkait ye. Saya nak jadi doktor kerajaan, nak treat pesakit dengan penuh kesabaran, sopan & manis. (?) Pastu, gi buat service ke kawasan-kawasan pedalaman pulak. Free of charge.

9. Freelance 3d maker semata-mata, beroperasi 24 jam dari rumah.
Ini penting untuk permulaan mengumpul duit dalam melaksanakan cita-cita di atas. Persoalannya, mana nak belajar render gempak-gempak? Dan mana nak start cari job? Cis.. terbengkalai cita-cita kebajikan haku.

4 comments:

Tun Teja said...

mantap2 cita2 dia...xnak jadi PA ke..jumpe pulak bos cam dalam novel..mmg kisah dongeng la...hahaha

MATAHARI said...

aku da jadi tukang serve makan, chef, electrian, mekanik, pelukis, writer, n apa lg. freelance graphicer

ila ni said...

harusla nak, tun ;p

wahhh!!! besnye hidup mcm tu! macam mana apply? huuu experience takde, org tanak amek

MATAHARI said...

hahaha. aku pun tak tau camne leh terinvolve. n aku pun part time programmer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...