soalan final kelas memandu. wajib jawab.

ahh nak tukar layout tapi malas. jadi tukar huruf header je dluh.
okef ni ada lagi satu soalan. sila rujuk gambar.

kalau anda adalah seorang pemandu motosikal, dan ingin ke kanan, pada bahagian manakah anda perlu menunggu peluang? a atau b? problemnya sekarang ni ialah saya tak tau nak berada di mana. jalan kecik. belah kiri agak menurun menyebabkan tak nampak kereta yang datang dari arah sana. dan biasanya kan driver kereta ni terdiri dari jenis yang tak sabar nak melintas.

dengan itu, sila nyatakan jawapan yang sepatutnya. anda tidak dibenarkan keluar dari dewan 10 minit sebelum peperiksaan berakhir. sila baca perenggan-perenggan di bawah dengan teliti.


masalah dengan ABC
a:
macam tak berapa nampak kereta yang datang dari arah kanan. nak-nak kalau Rexton kat sebelah. kalau nak tertonjol lebih sikit, takut diseret kereta yang datang yang tak nampak kita duk berselindung di sebalik kereta yang nak melintas jugak tu. dan kalau duk belakang sikit, takut mengganggu laluan kereta belakang yang nak ke kiri.

b:
takut bila kereta tu pusing ke kanan, terseret, terkena motor jugak.
dan takut kereta dari kiri nak masuk simpang, termakan jalan lantas ter-langgar skuter oldies tu. haih. takut sangat kena seret.

a & b:
takut driver kereta yang nak melintas tak nampak kiri kanan sebab terlindung dek badan yang..eheem besar sikit dari normal. kes anomali.

c:
takut driver belakang cakap bazir space & masa

jadi, gimana??

5 comments:

Tun Teja said...

buzzz..saya tekan buzzer...jawapannye D..pegi dok depan lagi dari keta..baru padan muke keta...xleh nk g selagi kite xgerak..hhuahuahuahua..gelak dengan evil

ila ni said...

adakah D bersamaan dgn C? malu la ai...nanti driver tgk belakang ai huhuhuhuhaaa

hamiDahRecKs said...

hihihi.kelakar.aku gelak gila ni ilani...

INOTLOVEHUNTER said...

usually, i ambik "a"...
ke depan sikit dari keta paling depan...
sikit je la, agak2 mata kita boleh nampak suasana trafik di belah kiri dan kanan...
kalau "b", i jarang buat...
sebab takut kena langgar ngan orang yg nak masuk ke laluan belah kanan...
"c"?
akan berusaha tak buat macam tu sbb i guna motorlah...
i boleh mencelah mana2 je i suka...
lainlah kalau takde langsung celah yang boleh dicelah..
mmglah i duduk situ statik je...
apa yang penting masa ni, fokus dan yakin pada diri...
kita kena ambik segala peluang yang ada untuk mencelah sehabis baik...
tp, jangan sampi membahayakan orang lain...
buatlah keputusan yang bijak demi keamanan masyarakat sejagat...
yeah!

ila ni said...

kak reck:
apakah yg lawaknya ni huuuu bagila jwpn anda

inot:
wah!! jwpn jenis inilah yg diperlukan! syabas inot, gerenti straight As pasni.

baiklah, akn dicuba yakinkan diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...