20 tahun akan datang

sewaktu khusyuk membeli air susu + roti di Shell pagi tadi, masuklah seorang lelaki lewat 40-an, berkemeja kemas bertali leher. Gaya macam regular customer sebab pekerja perempuan di situ semuanya tegur dia dengan sangat mesra. macam berebut mendapatkan perhatian oppss.

"oh hai!"
"selamat pagi!"
"dah datang?" kata mereka.

lelaki yang kategori tua tapi hensem itu hanya mengangguk. senyum sambil angkat tangan. sungguh charming gayanya. ada cahaya terpancar dari belakang dan sinar bintang turut berkelipan disekeliling beliau diikuti gerak perlahan beliau berjalan ke arah kaunter kakak mekap tebal itu. pembeli wanita yang membeli roti dan air kotak turut terpesona. oh sungguh segak!

'ye, macam ni lah suami aku 20 tahun akan datang'

kata customer berair kotak itu. dalam hati. senyum kekaguman.

tapi customer ini juga suka menilai. pakcik segak dilihat meghampiri kaunter dan menongkat dagu dengan sebelah tangan sambil merenung kakak mekap tebal. kakak mekap tebal yang teruja bertanya;

"dah breakfast ke?" nada paling peramah pernah didengar sepanjang berbulan membeli-belah roti disini.

si customer dibelakang memasang telinga, menunggu jawapan dari insan charming yang mengambil masa beberapa saat untuk senyum sebelum menjawab;

"beelummm.. tunggu Li*a belanja la ni.."

APA?! manja gila! geli nya?!! arhh. senyum kekaguman pada wajah customer yang memegang roti dan air kotak serta-merta hilang. beliau terus memasang azam.

'20 tahun akan datang, aku takkan bagi suami aku isi minyak di stesen yang sama setiap hari'

dan yeah, aku menulis supaya aku sentiasa ingat akan azam yang satu ini. er.. itu pun kalau laki aku hensem wahahahah!

6 comments:

Tun Teja said...

haha...sempat lg tu..

ila ni said...

huih harus! ke nak bukak cerita pasal geng cikgu balik jumaat? keh keh keh

MATAHARI said...

hahaha. dia takkan.

ila ni said...

alamak, dia takkan apa matahari? dia takkan hensem?? wuuu sedih.

MATAHARI said...

dia takkan layan ppuan lain.hahaha

ila ni said...

waaaahh leganya aku baca ayat kao. hahah harap2 masin jari kao menaip

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...