exclusive getaway

Yarhh akhernya! Mula-mula nak pakai kereta angah atau nor. Takde dua tu baru pakai ehem, mini cooper biru saya ni. Jadinya rilekk..

Sekali, kereta angah tak sampai-sampai. Kereta nor pulak adik dia bawak gi melaka. Alaaa.. nak kena pakai jugak mini kuper tu ha. Jadi pergi servis.

Sekali! Ada benda bocor la pulak, mekanik takleh settlekan dalam minggu tu. Damit. Dengan seribu ketakutan dan ketebalan muka yang agak sama dengan 3 lapis murtabak Singapore, call lah si abang sulung yang dah macam stokis kereta jadinya. Oyehhh ingatkan nak kena ngepek dulu, sekali!:

"Okeh, amekla. Nak pakai bila?"

Hoh?! Sungguh senang nak pinjam kereta beliau. Tq la biwe sebab percayakan saya untuk membawa kereta itu ke Pekan. Maka angah dengan vongoknya menggelar "Percutian Hujung Minggu yang Mewah". Sedih kan? Bagi kitorang si AA ni, naik City pun dah cukup mewah hahahah. Sape tah cakap kerja line arkitek mesti kaya-kaya. AA je pun.

Selain menaiki kereta 'mewah', kami juga menginap di kondo 'mewah' dan pada malam hari, lepak di tepi swimming pool sambil menjulurkan kaki dan bergosip. Makan pula, bihun 1/2 pinggan harga RM 6.50. Mewah. Breakfast nasi lemak dengan roti canai sekaligus. Mewah dan buncit.

Pergi, follow Phut. Balik, bersama-sama dengan Wak je. Sebab ada 2 orang tu sombong tak nak turun Teluk Chempedak. Nasib baik ke TC, tak rugi. Sebab boleh tengok peniaga korea melayu yang comel kohkohoh tanduk setan dah keluar. Berpowwow kejap, pastu terus balik ke KL. Selaku cupid yang berjaya, telah berjaya mengusir angah dari kereta dan memaksa beliau naik kereta Wak. Ha wak, ngah, amacam? Seronak? keh keh keh. Kalau tahun depan ada nasi minyak korang, aku pilih ke Ijok je ah wak, malas ah nak gi Johor.

Balik rumah, kena marah hahahh!
Takde ah, nor.. Dia bukan marah pun tu. Tegur je sebab nor bukak tutup pintu kasar sangat hahahha mesti nor dah taknak datang sini. Kesimpulannya, weekend yang terbaekk!!

nota:
wedding adalah pada 16 julai 2010. mari kita standby dengan tarikh lahir anak trek kohkohkoh

2 comments:

Fzah Ruslan said...

ngehehe~~

esok jangan lupe pakai wangi²~!

ila ni said...

wahahaah fzah pun tau? ni mesti dr blog tun ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...