orang macam ni memang membuatkan hari menjadi menarik

Pagi ni agak bosan di ofis, jadi nak menaip panjang. Panjang ni.

Hari tu pergi cuci kereta & enjin. Tempat biasa. Pakcik 2 orang tu dah kenal sangat sebab selalu sembang dan bagi tip kohkoh bajet kaya ke hah nak bagi-bagi tip ni?! Takde aa kadang-kadang bagi lebih sikit la sebab macam kesian tengok keadaan diorang. Pernah jugak diorang cerita yang kereta-kereta mewah masuk cuci, siap polish semua benda, cerewet pulak tu; pun mintak diskaun. Semua benda pun nak mintak diskaun mati aa wey. Kesian la kat orang yang kerja-kerja macam ni, dah la tua, keje penat, skali cuci RM 8 tu kena bahagi-bahagi pulak. Bahagian boss diorang lagi, haih. . korang, try la cari peluang untuk bersedekah walau kat mana-mana sekali pun. Walau sikit. Ni Ma yang selalu pesan. Melalut dah.

Ok! Pergi cuci kereta. Dan pertama kali nak cuci enjin ni. Jadi tak tau berapa harga untuk cuci enjin. Tengok kat price list tu, macam kena tambah lagi RM 5 - RM12. Dan di situ juga ada seorang jejaka yang ...er.. tak tau nak describe macam mana. Kira dia kes anomali untuk jejaka melayu ah. Tak pernah lagi jumpa lelaki macam ni. Dia jenis yang peramah dan selamba dan agak lucu.

Mula-mula stendet ah, amek port jauh-jauh. Skali dia datang tegur pasal air pasang surut apa tah. Sebab time tu duduk mengadap anak sungai (air longkang yang besar). Dah la panggil Cik. Peh macam dalam drama jiwang. Tak pernah lagi ada yang panggil Cik di sepanjang perbualan.

Sembang punya sembang ('never talk to strangers' hanyalah sisipan angin yang lalu tepi telinga), dia pun tanya la.

"Biasa cuci tu berapa?"
"Cuci + vakum 8 ringgit. Tapi cuci enjin tu taktau la berapa, ni 1st time"

Pap dia bangun dan terus ke pakcik 2 orang tu. Tak dengar la dia cakap apa kat pakcik tu.

"bla..bla..bla.. . Kan?" sambil pandang mintak persetujuan. Dia kenyit mata tanda komplot. Aku sengih. Selamba gila mamat ni. Apa dia discuss pun tak tau la..layann.

Dia datang balik.
"nanti bagi dia RM10 je."

Ohhooo dia tolong bargain harga rupanya tadi. Nice nice.

"eik? Asal lak centu?"
" Ala karang bagi je 10 hinggit. Jangan banyak cakap ah" dia sengih.

Hahah ok. Dah tahap paksaan mamat ni. Layan je la. Lepas dia blah japgi, sukati haku la nak bayar berapa. Kesian ok kat pakcik tu. Pakcik tu pun aku tengok dah sengih-sengih pandang aku duk sembang dengan mamat tu.

Akhirnya lelaki anomali itu blah dengan motor yang berkilat ting ting. Dan pakcik tu tanya;

" Husband u eh?" sengih-sengih kerang.
" Hah?! Mana ada. Tak la. Tak kenal pun"
" Aii? Dia cakap, u bini dia. Dia suruh bagi harga murah-murah untuk u"

Ahha nais-wan. Aku dah bersuami la pulak kan. Rugi tak ajak gi servis kereta! Aku sengih. Dalam hati gelak. Sebab aku tak pernah jumpa orang macam ni dalam kehidupan seharian, jadi rasanya agak seronok sebab lucu. Tak kenal batang idung tapi tolong tawarkan harga untuk aku. Dan pakai fakta yang serious vongok.

Agak-agak ramai ke orang macam tu kat sini? Biasanya stail di KL ni, jumpa strangers time tunggu turn kat klinik ke, kat bank ke, buat hal masing-masing je, takde inisiatif pun nak bertegur sapa. Senyum pun tak kot. Bukan macam Kelate. Kat sana, 3 minit tunggu nak keluarkan ASB pun dah boleh tau yang orang sebelah ni rupa-rupanya sepupu kepada makcik saudara nenek yang belah Ma. (kenapa Ma? hagak sendiri jawapannya)

Ya, sebenarnya aku jarang jumpa orang yang peramah di KL/Selangor ni. Yang 'peramah' niat lain tu ada la. Itu kategori yang dibenci la pulak. Jadi aku berharap agar hari-hari yang mendatang, akan dipertemukan dengan orang-orang yang peramah dan spontan dan lucu supaya hidup tidak terlalu plain & boring. Yahhh hidup orang-orang sebegitu!!

6 comments:

velasrizal said...

hati2 dgn peramah yg ada makna..

Pesta Meraikan Kejayaan Spain Julang Piala Dunia 2010

n@m@n said...

Ada jugak laki camtu ye..haha

Entri terbaru chekgu

nak header percuma tak?

Tun Teja said...

macam ngah baca novel je..nnti bolehla pegi setiap masa kt situ...hehe

hamiDahRecKs said...

cute one..hihi..arap kita pun leh jadik cam budak laki tu..ceriakan hari seseorg yg kita tak kenal..yeah!

kacang berkeju said...

pelik jugak.baek tul mamat tu ye.die syok kat ko la kot.hwa2

ila ni said...

mari bersama menceriakan hari orang lain! pehh muka huduh ceni da orang syok? silap lighting la ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...