makan, moreh & i

ah.. lambat gila masa bergerak. semenet, semenet dia berubah tiap-tiap kali pandang. kalau bukan bulan puasa boleh pulak sekali tengok pukul 3.45 dua kali tengok dah pukul 4.30. aish.. hari ni bazir lagi baju. pakai lawa-lawa untuk datang tidur di ofis. pukul 5 balik, campak baju dalam bakul. ruginya sabun basuh, ruginya air, ruginya letrik.

sampai je ofis pagi tadi dah decide dah nak bukak posa dengan ayam percik. tapi kalau makcik gerai nasi tu tak bagi beli nasik putih dia je, tukar plan. kita bukak posa dengan kebab dan popia je, malam karang boleh makan-makan lagi yahuu! agak-agak moreh malam ni menu dia apa dia?

ah kao. time ni je terhegeh nak moreh. pastu bila dah settle terawih, mula lah 'malas ah nak makan, malas ah nak amek'. apa kao ingat dengan adanya perasaan malas nak makan tu kao boleh kurus?! iyo lah. sampai je tingkat 8, start lah tiba-tiba nak terfikir 'time tengok movie satgi nak kunyah pebenda'. Last-last stok kurma sebulan boleh tinggal suku. tu nasib dah takde makanan lain kat dapur. . haih cukup-cukup lah makannya ila, dah 24 tahun keje kao asyik maaaaakan je lah. tak bosan ke? benci aa.. jap, malam ni moreh makan apa ni? suka sangat buat surprise geng surau ni. nak kena ni nak kena..

harap-harap ni juadah malam ni.


nota: ditaip tatkala ofis aircond menggila sejuknya dan jam macam taknak gerak..gilak ah kalau hari ni haku keje!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...