Restoran Tanjung Ampang

first time nak buat review ni.

bukak puasa tadi dengan air kosong dan kurma. pastu solat. pastu straight ke Restoran Tanjung Seafood & BBQ dengan Tun. Niat utama, nak makan BBQ.

Restoran ni, duk tengok-tengok review orang lain, dia cakap best. yang makanan seafood-seafood tu la, yang masak pedas etc. Sedap sebab katanya tukang masak dia ex-chef Hotel Krabi. Tapi takpe, dah tak nak sentuh bab makanan sebegitu.

Harga package untuk steamboat & BBQ ialah RM52 yang dia tulis mencukupi untuk 2-4 orang sekali makan. Tapi rasanya, sebab tadi makan berdua je dengan Tun, so untuk perempuan, sesuai untuk 3 orang makan kot. Kalau lelaki, 2 orang makan. kot.

Lauk yang disediakan ialah:
  • udang
  • ayam
  • daging
  • ikan (salmon ke apa tah)
  • sotong
  • telur puyuh
  • telur ayam
  • isi ketam yang standard steamboat tu
  • vege ball
  • tofu telur
  • sayur-sayuran (sawi, carrot, cendawan)
  • mee
  • bihun

ayam, daging semua tu rasa macam tak diperap apa-apa pun tapi dia punya sos & sambal pehh kacau-bilau meja dibuatnya! tapi tak lah pedas gila cuma kalau letak banyak sebab gelojoh, hah jadi lah cemas semacam macam kalut nak kejar toilet. satu je yang kurang best, dia pakai sup apa tah. kalau tomyam lagi pehh kot rasa dia.

tak cukup segelas, dua gelas air aku order hamekkk!

tapi tapi taaaaapi! walau pun review, gambar utama kedainya takde kehkehkeh. lokasinya, Ampang Waterfront, on the way ke Carrefour Ampang/Bukit Belacan. Kalau dari KLCC, belah kiri. After traffic light besar area Taman Kosas dengan Bandar Baru Ampang tu, slow kan sikit kereta dan masuk ada simpang kecik belah kiri. Silalah menikmati masakan Thai di sana. Harga amat berbaloi.

ni jeh gambar yang nampak sikit kedai tu macam mana. cikai saja, stendet pilihan kalbu saya....
*harap-harap isnin gaji dah clear*

3 comments:

keriangandunia said...

review tapi gambar makanan xde. ahhh!!! oh mesti kau dah habiskan dengan pantas kan. he he he

ila ni said...

ooo tableh tableh, letak gambr makanan bulan-bulan pose ni masuk daerah kejam. lagi pun YE MEMANG KU PANTAS menghabiskan makanan sebab takut bazir letrik. . .

Tun Teja said...

oii..oiii..gmbr xbleh blah ni jugok dio letok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...