MAKNA Program Sumbangan Debit Langsung

Memandangkan pendermaan organ macam tak berapa digalakkan oleh ahli keluarga hari tu kan, tiba-tiba ada sekali tu sedang berjalan tanpa arah dalam Wangsa Walk, ada la pulak seorang makcik memperkenalkan MAKNA Direct Debit Donor Programme. Rasanya program ni sangat bagus kalau kao jenis tak berani nak derma darah ke, daftar sebagai penderma organ ke, tapi kao akan still boleh membantu menyelamatkan nyawa orang lain dan dalam kes ni; pesakit kanser.

Boleh bayangkan tak kalau tiba-tiba kita didiagnoskan ada kanser? Sedihnya.. nak-nak kalau kewangan tak mencukupi, memang give up la nak survive. Jadi, itu sebab program ni diwujudkan kot. Dia cakap, untuk seorang pesakit kanser itu sembuh memakan masa 5 tahun. Dalam 5 tahun tu pulak, kena buat macam-macam rawatan susulan. Duit banyak la kot nak kena pakai. Jadi, antara kegunaan sumbangan korang nanti, dia akan pakai untuk menyediakan anggota palsu, pemekat oksigen, liang kemo, imbasan MRI, makanan cecair, beg kolostomi dan pelbagai lagi. Kolostomi tu apa benda pun tak tau lah. Yang penting, apa yang diperlukan oleh pesakit kanser semua tu, boleh disediakan oleh MAKNA hasil dari tabungan kita semua.

Benda ni macam 'derma online'. Kalau setuju untuk contribute dalam tabung MAKNA, pilih je nak jenis mana. Dia akan terus tolak dari akaun korang atau kad kredit VISA, MASTERCARD or AMEX korang. Sama ada nak bayar setiap bulan sebanyak RM 58 atau RM 38 je. Atau pun maybe nak jimatkan kos pentadbiran program ni dengan membayar setiap 6 bulan sekali sebanyak RM 348 atau RM 228. Dan kalau rasa dah tak mampu dah nak bayar, call je Support Service cakap nak cancel. Kao simpanlah resit bukti ko join benda ni elok-elok kan. Ada ID number yang mungkin sangat diperlukan. Ahha satu lagi, kao boleh mintak resit pengecualian cukai jugak.

Kalau rasa berminat, saya pun tak tau lah nak buat macam mana sebab takkan nak gi cari booth MAKNA di setiap shopping complex pulak, tapi bolehla try gi sini www.makna.org.my atau call number ni 03-2162 9178. Akhir kata, meh nak bagi ayat dari Founder dia:

MAKNA is made up of passionate Malaysians and based in Kuala Lumpur with a nationwide support programme. We work to "mobilise resources to provide curative, preventive, rsearch and support services to cancer patients, their families, high risks groups and the general public". Your support is vital to the cancer patients.

Dah join benda ni, baru lah boleh nak pakai pink ribbon semua tu~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...