pemerhatian rawak sewaktu jem

tadi on the way ke Majlis Daerah Machang nak amek CF sekolah, jalan teruk jem. mata macam biasa, memerhati benda-benda dalam radius terdekat. pap! ternampak orang dalam kereta depan. ewaaah main cium-cium pipi bini dia pulak haaadoi geli wehh! bukan dalam kereta boleh?

kereta gerak sikit.

pandang kanan, nampak budak umur lebih kurang 3,4 tahun dengan ayahnya (kot). si ayah melutut, nak samakan ketinggian dengan anak. si anak kecil menyarungkan topi keledar kepada si ayah, dan si ayah usap kepala si anak. heaven! tu baru kebahagiaan sebenar.

raya memang boleh nampak macam-macam, boleh experience macam-macam. macam bila masuk je Kelantan, ko akan drive macam hanjeng. tak bagi signal, drive terlampau slow bila keluar simpang, brek mengejut semata-mata ternampak kedai runcit. haih~ dan tadi, haku layan buat perangai yang sama macam hanjeng! hahahha sori2, serius tak nampak motor tadi. dan sorry juga kepada hanjeng, aku tau kao tak boleh drive. tapi lumrah, nama kao enak disebut dengan perbuatan negatif.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...